Wednesday, April 17

VIDEO ONE SHOOT UPM

lagi agi dan lagi lagi dan lagi lagi..
kali ni aku nk update pasal video one shoot pula..
apa menda la pula tu kan??

hah..
video one shoot ni...video one shoot la haha..

video one shoot ni kte perlu melakukan miming atau gerak mulut yg serupa dgn lagu yg kte pilih..
lps tu..kte kena beraksi tanpa segan tanpa malu tanpa kaku..
sewaktu kte beraksi tu..camera kena berada pd satu posisi atau kedudukan yg statik..
pergerakan yg berlaku hny hasil drpd pergerakan pelaku dlm video tersebut..

cth ea : ok..aku letak camera aku kat atas meja..atau letak kat stand camera tu je..kemudian aku setting siap2 n click button on..lps tu aku dan kumpulan bergerak atau mengambil tempat dihadapan camera dan beraksi (melakukan apa2 je la..mcm tarian, gedik2, lakonan ke..) janji CAMERA JANGAN DIPEGANG..tp kena statik atau pegunkan kat atas meja atau stand camera..pelakon je yg kena bergerak untk kawal keseimbangan dlm video tersebut..

memang rumit nk buat video one shoot ni..
boleh bercanggah pendapat antara ahli..
boleh masam muka antara ahli..
tp ini lah realiti..

1st step Video One Shoot..
- pilih lagu yg sesuai untk di "miming" kan dan diaksikan (menari).
- pilih kawasan lapang.
- setting camera.
- letak camera pd meja atau stand.

2nd step Video One Shoot..
- ahli berada atau ambik tempat dihadapan camera.
- muzik dipasang.
- mulakan aksi dgn gerak langkah yg telah dipersetujui kumpulan.
- berlari dan mengediklah janji jgn sampai keluar drpd kwsn fokus camera.
- kena pandai mengagak keseimbangan ruang.

3rd step Video One Shoot..
- muzik dh habis dimainkan.
- masukan hasil dlm komputer.
- edit menggunakan software yg sesuai.
- puas hati?? waktu ini persetujuan dan pandangan drpd seluruh ahli kumpulan AMAT PENTING..mungkin kena buat lain atau mungkin semua dh berpuas ht..tp amaran, jgn terlalu cpt untk puas hati dgn hasil yg tdk berkualiti..
- ok..create account then upload masuk ke YOUTUBE..


ok..tu je la kot untk vodeo one shoot ni.. see again~

AISHITERU !!

SIMPULAN BAHASA UPM

cakk cakk..acii cakk cakk..hehe..wah terlewat sangat terlewat..baru nk update entri haishh =,=
ok..entri kali ni aku nk update pasal projek SIMPULAN BAHASA@multimedia..hah menda lak tu ea??

pada suatu hari di suatu kelas dalam suatu masa..kami (aku n coursemate) tlh dipertanggungjawabkan mencari dan memilih 12 jenis simpulan bahasa yg terlintas kat fikiran (coz time ni mmg xde masa dh nk open book or jumpa En.Google search..everything "spontan"..hah engkau mampu???

fikir punya fikir..pilih punya pilih..akhirnya group aku (JEJARI PATAH PRODUCTION) berjaya la peroleh 12 simpulan bahasa yang ada juga kami xfaham maksudnya hohoho.. nak aku list ke simpulan bahasa tu?? perlu ke?? tdk mengapa..byk lg ruang kosong kat entri page aku ni..sini2 aku list a.k.a senaraikan..

aku list bersama dgn gambar yg group aku aksikan la ea..





SIMPULAN BAHASA PERTAMA..jeng jeng jeng KUTU EMBUN




SIMPULAN BAHASA KEDUA..jeng jeng jeng BATU API (tp tak diterima la....)





hah ni SIMPULAN BAHASA KEDUA..BATU API yg telah diperbaiki dan diterima




SIMPULAN BAHASA KETIGA..jeng jeng jeng.. RINGAN MULUT





SIMPULAN BAHASA KEEMPAT..jeng jeng jeng CEKIK DARAH (tp tak diterima la...mungkin tanda harga tu tak berapa nk jelas..)





hah ni SIMPULAN BAHASA KEEMPAT..CEKIK DARAH yg telah diperbaiki dan diterima




SIMPULAN BAHASA KELIMA..jeng jeng jeng  OTAK GELIGA



SIMPULAN BAHASA KEENAM..jeng jeng jeng MAYAT HIDUP



SIMPULAN BAHASA KETUJUH..jeng jeng jeng LURUS BENDUL (tp tak diterima la....)


hah..ni SIMPULAN BAHASA KETUJUH..LURUS BENDUL yg telah diperbaiki dan diterima



SIMPULAN BAHASA KELAPAN..jeng jeng jeng AIR TANGAN


SIMPULAN BAHASA KESEMBILAN..jeng jeng jeng SEHELAI SEPINGGANG



SIMPULAN BAHASA KESEPULUH..jeng jeng jeng KAMBING HITAM



SIMPULAN BAHASA KESEBELAS..jeng jeng jeng PENCUCI MULUT



SIMPULAN BAHASA KEDUA BELAS..jeng jeng jeng DARAH DAGING 



ini lah hasil mimik muka dan gerak badan kami untk menjayakan aksi-aksi simpulan bahasa ini
bukan senang weyyyy..kerjasama tu kena tinggi..malu tu tolak ketepi
sampai dh jd habit aku sekarang asal duk depan cermin je mesti nk buat mimik muka
cermin toilet pun bolehhhh...
adehhh =,=

Thursday, March 28

AISHITERU 1, 2, 3 (ZIVILIA BAND)

tiada motif sebenarnya
sengaja nk menconteng kat sini
nk update entri baru tp idea tiada
jadi
aku nk update pasal ZIVILIA BAND
aishiteru tu



ok ni AISHITERU 1
mengisahkan sang kekasih yg terpisah jauh
sang arjuna meminta sang bunga kembali ke pangkuannya
sentiasa disisinya
lebih kurang macam tu la kot kan..




ok ni pula AISHITERU 2
mengisahkan sang arjuna yg keluar daerah mencari rezeki
minta shbt jagakan sang bunganya
tapi
bila sang arjuna kembali
sang bunga telah jadi bini kpd shbt baiknya tu
adehhh..harapkan pegar, pegar makan padi




ok ni yg latest
AISHITERU 3
hah yg dengar la sendiri
not bad la....




sebenarnya aku mmg tiada motif hari ni
jadi aku update la yg bukan2 sikit
tp aku mmg layan Zivilia Band ni
...AISHITERU..
1,2,3


~sudah cukup sudah..cukup sampai disini saja..~

MULTIMEDIA 20 MAC 2013

apa tu MUG SHOT???
apa tu MEDIUM SHOT???
apa  pula yg org asyik kata FULL/LONG SHOT???

ok..untk kelas Multimedia 20 Mac 2013..pensyarah aku ada menerangkan mengenai 3 benda alah ni dlm kuliah..

MUG SHOT..merupakan gambar yg diambil pd bahagian muka shj..ala2 gambar pasport kita tu la..diharamkan untk nampak bahu..sekurang2nya setakat dagu shj. gambar yg diambil (fokus pd muka/wajah) perlu disulami dgn pelbagai emosi..nk marah, nk nangis, nk sedih, nk geram, nk poyo, nk apa2 ekspresi muka pun blh..asal ada nilai emosi disitu..

MEDIUM SHOT..kesinambungan kpd mug shot. merupakan pengambilan gambar hny dr paras pinggang dan ke atas shj..pinggul ke bawah kaki diharamkan..melalui medium shot ni kami bebas menggimikkan pelbagai gaya hny dgn menggunakan kepala, badan dan tangan sambil mengmimikkan muka..penggayaan kaki diharamkan.

FULL/LONG SHOT..hah ini merupakan pengambilan gambar penuh..iaitu ada kepala, ada badan, ada tangan, ada kaki..penggayaan bebas, terpulang nk bergaya macam mana pun janji jgn "terlampau dan melampau-lampau"...TERPULANG..

ok..selepas tu kami disuruh oleh pensyarah untk mengtransaksikan gambar2 dari kamera ke dalam laptop masing2 dan menggunakan power point untk mengemaskan gambar2 tersebut disamping megenal pasti dan menyatakan bentuk2 emosi yg telah kami mimikkan..kemudian bermula lah sesi rebut merebut kejar mengejar kami dlm kelas..berebut komputer untk menghantar power point tersebut by email sblm jam 2 ptg (waktu tamat kuliah Multimedia)..bertindak dgn strategi, JEJARI PATAH telah menebalkan muka dgn memohon izin untk menggunakan sebentar komputer bilik kuliah sebelah..semua pelajar dlm bilik tersebut memandang kami seakan-akan kami ni tak pakai apa2 pakaian..pelik semacam je..tidak mengapa, janji kerja kami selamat sampai dlm karung email pensyarah sblm jam 2 ptg..

_sesi kejar mengejar setiap minggu ada.. =,=

*gambar?? nk sertakan ke??
  tak perlu la kot..malu la pula.. (>_<)

PENEROKAAN MENGENALI SUKU SEMAI TAPAH

apa yg kita tahu dgn keistimewaan suku minoriti Semai?
apa yg kita nampak keunikan dlm kehidupan serta kebudayaan mereka?

bagi mereka yg tdk menerokai sendiri..pasti jawapannya "aku tak tahu apa-apa pun"..
tapi apa pula jawapan bagi mereka yg sudah berpengalaman menerokai suku minoriti Semai ini?
biar aku shj yg mewakili untk jawapan ini..jawapan aku "ya..aku nampak keistimewaan mereka..aku nampak keunikan dlm kehidupan serta kebudayaan mereka".

apa yg unik?
apa yg istimewa?

suku minoriti Semai ini merupakan salah satu drpd 6 suku kaum yg berada dibawah suku besar iaitu suku Senoi..minoriti Semai ini kebanyakkan mendiami kawasan Tanjung Malim, Tapah, Kampar dan beberapa lagi kawasan yg berkenaan.

untuk mengetahui dgn lebih mendalam akan keistimewaan serta kebudayaan suku Semai ini, blh la mencuba link dibawah..dlm link tersebut ada diceritakan mengenai perkahwinan, adat serta lain-lain lagi..malahan maklumat mengenai suku asli yg lain juga turut disediakan..

http://orangaslimalaya.blogspot.com/2012/03/v-behaviorurldefaultvmlo.html
http://www.scribd.com/doc/84621891/KAUM-SEMAI
http://ms.wikipedia.org/wiki/Suku_Semai

sebenarnya..entri kali ni aku cuma nk update pasal penerokaan aku dan rakan-rakan linguistik yg lain ke Kg. Batu 7 dan Kg. Batu 14, Tapah iaitu kawasan kediaman masyarakat minoriti suku Semai ni..walaupun penerokaan hny 2 hari 1 malam tp cukup memadai la bagi kami untk mengenali serba sedikit serta asas-asas keistimewaan dan keunikan yg dimiliki oleh masyarakat minoriti ini..

apa yg penting..mereka ni semuanya sporting..sanggup melyan karenah dan soalan drpd kami yg seramai 140 org (lebih kurang la..)

penerokaan ini diberi nama "Program Semarak Minoriti Semai" dan merupakan salah satu tugasan wajib bagi kursus Sejarah Kebudayaan Melayu (BBM 3102) dan Sosiolinguitik (BBM 3204)..pelajar yg terlibat ialah pelajar semester 6 BBM 3102 dan pelajar semester 4 BBM 3204 serta beberapa pelajar Master dan PHD bahasa..master mind program ini semestinya pensyarah yg pakar dgn hal-hal kebudayaan masyarakat peribumi iaitu Dr. Sharifuddin..

jom..kita imbas semula serba sedikit perjalanan penerokaan ini yg berlangsung pd 23 dan 24 Mac 2013..


sementara menanti kedatangan flight darat kami

nampak kan kekecohan kegamatan yg berlaku??

pak cik bas berhenti suruh makan tp kita bergambar dulu ea

ok..ini la sebahagian adik2 yg akan berkerjasama dgn kami

generasi muda suku Semai Kg. Batu 7

sopan, comel dan tertib..itu kelebihan anak gadis suku Semai ini

sesi taklimat bersama fasilitator2 terpilih

aktiviti program..percubaan menyumpit

persembahan sewang yg dibawa khas oleh suku Mahmeri (import khas ni..)

tarian sewang

nilai budaya yg menjadi lambang serta kemegahan masyarakat suku Mahmeri

siapa berani mencuba..ayuhhhh

penglibatan pelajar linguistik dlm tarian sewang

keberanian mereka untk tampil mencuba tarian istimewa ini

akak yg paling sporting..kami punya interviewee

keunikan binaan kediaman masyarakat suku Semai..tenang shj suasana sekeliling kediaman mereka

group pondok atas bukit

interviewer dan interviewee

sesi menyerahkan sedikit cenderahati

penerokaan perkampungan masyarakat Semai

demi menimba pengalaman dan ilmu yg berguna










OK..sudah cukup sudah..cukup sampai disini saja..SEKIAN..

AISHITERU !!!

Thursday, March 14

KECOH WEYYY KECOH NI..


kecoh..huru hara..kelam kabut..kelam kelibut..hanya itu yg mampu aku bariskan untk menggambarkan suasana kuliah pd hari ini.. masing2 berlumba2 untk menyiapkan tugas yg diamanahkan..bukan berlumba untk menang tp berlumba mengejar masa ~walau terlewat hanya SESAAT..status tugas tersebut automatik bertukar menjadi REJECTED..
tidak mampu lg untk aku berceloteh panjang berkaitan huru hara yg dihadapi Jejari Patah Production milik aku n da gang..cukup la mukadimah shj, tdk perlu isi..kte proceed kpd penutup terus ea hehe :)

JEJARI PATAH

kaki gunting kaki tampal kaki potong

kaki bising :p

sesi tampal menampal

sesi adjust meng'adjust

sesi kekemasan

sesi ikat mengikat

sesi penutu ~ mengumpul sampah terbuang..

sesi tiada kerja


taraaaaa..dh siap pun..menda ea nama projek ni..urmm???



time tido dh sampai..maaf xbole nk conteng2 lg entri ni
ZZZzzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzZZzzzzzz.....

Saturday, March 9

SALAM PERKENALAN bbm3410

BBM 3410...bagi aku subjek ni lain dari yang lain..pelik pun ada.
apa yg aku nk cerita dalam entri kali ni..aku pun "blank"..tp yg pasti BAHASA DALAM MULTIMEDIA ni mmg pelik.. sebab apa pelik?? jgn ditanya knp pelik..tp yg pasti mmg pelik hahaha. TWITTER n BLOG merupakan ASSIGMENT wajib yg bukannya harus atau haram tp WAJIB untuk diaktifkan akaun atau ACCOUNT hah..tak ke pelik tu??
tak mengapa..demi semester akhir dan demi BBM 3410..aku cuba menjadi seaktif mungkin dlm mengaktifkan contengan2 aku kat blog ni (sekurang2nya dpt juga hilangkan debu2 sawang2 habuk2 yg dah berserabut dlm blog ni)...... LURVE U BBM3410..be nice with me :)