Friday, June 7

HATI DIA BUKAN UNTUK KU



Hati,
Jangan kau menangis lagi
Jangan lagi kau merindu
Jangan pula kau memberontak
Jangan kau jadi si perayu hiba

Dia,
Dia telah tiada
Dia sudah berpunya
Dia pergi tanpa berita
Kita  pula ditinggal kecewa

Bukan,
Bukan aku ingin merintih
Bukan aku mahu menyesal
Bukan ingin aku persoalkan
Jauh sekali untuk aku memaksa

Untuk ku
Semua ini adalah lumrah
takdir yang mencipta pemisah
senyuman ikhlas terukir indah
kau ku iringkan bersama
doa air mata hati dan sayang.



~sna'z~











...coretan kreatif ini tiada kaitan dgn sesiapa pun...
...hny idea yg nk menjiwang sikit..
...harap tiada yg perasan...
...aku tak tuju kat siapa2 pun hahaha...

Wednesday, June 5

without title









what do you think about me???

........................


it is up to you

...................

(^_^)

here
i'am still smiling
for my life











PULAU CAREY

3 June 2013

aku dgn member (syifa,ika,ija,ana) g teman Ija balik rumah dia kat Pulau Carey
tercapai gak hajat nk g Pulau Carey
sebelum2 ni dgr cerita je tp tak pernah sampai pun lg huhu

mmg best life Pulau Carey
just dipisahkan dgn tanah besar dgn sebuah jambatan je
macam tak caya kami dh kat Pulau Carey

dr UPM nk g Pulau Carey cuma 45 minit mcm tu je
ikut SKVE mmg dkt..xrasa jauh
kami gerak dr UPM jam 9.30 pg then sampai Pulau Carey dlm 10.15 pg cmtu la

perasaan time tu mmg mcm balik kampung la
mmg heaven gilerr..msg2 layan perasaan..dlm hati siap nyanyi lagu woooo ooooo balik kampung...haha

sampai rumah Ija, mak dia hidang kami dgn roti canai..superb..syifa bedal sampai 3 keping (membela ke apa ko ni pah???)

dh kenyang hentam roti canai superb..kami landing2 kat beranda rumah atuk Ija..golek2 merapu meraban sampai terlena semua..

time kat beranda tu mmg rasa mcm kat kampung sendiri haha..terubat rindu.

zohor je kami g solat kat masjid dpn rumah Ija..lps solat kami dihidang pula dgn menu lunch..
untung sgt..Ija dgn mak n kakak dia sibuk masak, kami berempat bantai g tido..bangun tido je menu semua dh siap untk dimakan hahaha..(mmg superb layanan ko Ija..best huhu)

lps makan, kami pun siap2 nk balik ke UPM..
sblm tu ingat nk g Pusat Kebudayaan Masyarakat Mah Meri yg ada kat Pulau Carey tu..
tp hr isnin diorg tak bukak rupanya..ok ambik gambar je la sbg kenangan huhu..
then niat ht nk singgah Morib, tp tak kesampaian juga sbb masa tak mengizinkan..
so kteorg singgah la Aeon Bukit Tinggi untk solat asar..

dlm 7.30 mlm kami selamat sampai UPM terchentaaa..haha
mlm tu semua pengsan..sedar2 je dh subuh hahaha
ok..outtttt...
























nk g Pulau Carey lg bolehhhh?? besttt huhu..

nk update lg bolehhhhh???
hah..xboleh?
arghhh..suka ht aku la..blog aku hahahaha (dush..dush..dush..bunyi aku kena belasah haha)

ni nk habaq mai kat hangpa ni..haritu, urmm 28 May 2013 kami dgn kawan2 kelaih kritikan p DBP..hangpa tau dak DBP tu apa?? D = Dewan, B = Bahasa, P = Pustaka.. hah satu2 kami habaq tu kalau dak paham gak tak tau la..

kami kena p DBP sbb pensyarah kami terlibat dgn seminar alumni penulis muda kat sana..kami pun pakat2 la p naik bas (DBP sedia bas kat kami dgn kwn2..p berjemput balik berhantaq..dh mcm vip habaq hang..)

waktu kat seminar tu cuma ada bdk2 dr UPSI dgn UPM ja..had lain2 tu semua ahli2 alumni penulis muda..hangpa tau dak apa yg paling best kat situ?? yg paling best weyy part makan tu hahaha..sedap hbs weyy nasi apa ntah yg depa bg waktu lunch tu..tp mmg sedap gilaa ceq habaq..puaih la makan rasa nk tambah2 hah..tp malu hahaha.

seminar tu depa buat kat aras 31 menara DBP..senang ceghita tu aras had paling tinggi nuu..sapa had gayat tu mmg tak pandang bawah dah la haha..

best weyy..duduk kat atas tu blh teropong 1 KL (ok aku tipu jaa..)

sebenaqnya kami teruja p sana bkn pasal seminar sgt pun hehe..tp sbb tempat dia yg best nuu..best tangkap gambaq..

ceq tak tau nk ceghita apa dh ni huhu..kte out la noo..



DBP stand for DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


khusyuk tuu


hah yg tudung biru tu pensyarah UPM

upin ipin dgn kakak2 nyaaaa

ni yg join p DBP

asal ada kamera..apa pun bolehh

ni puak2 UPMers

tingginya kami tinggi lg DBP

lompat2 ni mmg wajib haha

ni kami semua dh nk balik UPM


ada angan2 nk jd staff DBP tak nnt??? :D

MAKAN MAKAN MAKAN DAN MAKAN..ASYIK MAKAN JEEEEKKK !!!

haha lambat pula nk "hupdate"..hah class kau jahhh!!
010613 haritu masterchef yg xberapa nk master sgt dh invite aku n da geng join sesi makan2..
makan2 ni bukan kat hotel, restoran atau kedai2 mamak yg 24jam tu..tp makan kat Bukit Ekspo UPM jekk huhu..tak ramai pun yg join..lps tambah tolak bahagi darab pecahan perpuluhan kuasa dua kuasa tiga tonggang terbalik ada la dlm 15 org je.. 2 laki2 yg selebihnya perempuan haha..(dh pupus dh laki2 rupanya..kalau ada pun ramai yg tak berapa nk lelaki hehe)

menu utama berbekalkan 10 hengget sorg..dpt la kami makan soto kelantan, kari ayam pekat kelantan, ikan tongkol bakar kelantan, kerabu campur kelantan, air kordial oren kelantan, buah sunquick kelantan dan nasi putih 1Malaysia hehehe..

sory guys..sebenarnya yg join makan2 haritu ramai member2 yg asal kelantan then dorg ni yg rajin masak n potong2 buah..aku hehe fail sikit kalau masuk dapur org..dapur sendiri pakar arr hehe..

tapi apa yg aku blh kata..masakan haritu best..kenyang weyyyy dua kali round..

dpt la juga merasa masakan member2 pantai timur..lagipun pantai timur kan kaya dgn masakan tradisional yg sedap2..perghh mmg menjilat jari aku habaq hang !!

makan2 ni ambil konsep rewang (ala2 gitu huhu..) rewang2 then makan2 then mengah2 then balik bilik semua tido xingat apa dh..tau2 je dh isyak hahaha..

ok guys..thanks bg aku peluang merasa masakan korg..mmg best..mmg superb..

sambil2 korg bz masak..tp bila aku hala je lensa kamera sempat juga korg posing ea haha..tu mmg habit yg tak blh nk lps kannnn haha..

thanks pd member2 yg join makan2 1 June haritu..bila pula la kan kte blh together2 mcm tu lg..huhu

pasni msg2 jaga perjalanan hidup msg2 ok..semoga kesua kembali.. ~linguistic in my heart..


posto posto..teng teng..posto posto.. ::


tak habis2..semua nk muah2 aku..eeeuww :p

ni la member2 aku yg asal dr kelantan..mmg best masakan dorg..hebat di dapur.

"maripo"..lg dua "sa" xdpt join..so maripo je la ea, xcukup 10 haha

pemotong tegar ayam dan ikan

hah tgk..bz memasak tp bila nmpk je lensa camera..posinggggg haha

ni part yg xde keje..model barangan dapur hahaha

rumah spongebob tlh dimusnahkan olh cik muna :p

hok alohh..pakar la ni ea??

sesi pemotongan dessert..

taraaa..dh siap..jum makan...SERANGGGGGG 



haha jum jum jum jum kte makan makan..makan untk hidup bukan hidup untk makan :p




Sunday, June 2

aku adalah aku ~ tolong bantu aku untk terus aku berdiri dan berlari..

aku hanya insan biasa
hanya ingin menikmati secebis bahagia
hanya ingin berkongsi cerita suka dan duka
hanya ingin meraih bimbingan tatkala aku terleka
dalam hidup ini yang sementara

dalam perjalanan ini
aku belajar pelbagai erti
aku terima segala caci
aku telan segala maki
aku teruskan langkah dengan sisa kekuatan yang masih berbaki
hidup atau mati
aku serah pada Illahi

aku adalah aku
aku bukan dia
aku bukan kamu
aku bukan sesiapa
tapi aku adalah aku

hidup mengajar aku
erti sebuah pertemuan
erti sebuah persahabatan
erti sebuah kasih sayang
erti sebuah perpisahan

hidup juga mengajar aku menerima segalanya
aku terima persepsi sinis mereka
aku terima sangkaan buruk mereka
aku terima pujian mereka
aku terima kasih sayang mereka
aku terima tangisan mereka
aku terima segala karenah mereka

hidup
mati
urusan Illahi
aku hanya memberi yang terbaik
dan
penghujungnya
aku serahkan
pada Dia nan lebih mengetahui

hidup
tidak perlu dikesali
mati
sesuatu yang pasti

aku
akan
terus
melangkah
walau
sakit
mencengkam
diri
selagi
kekuatan
berbaki
aku
teruskan
berdiri
berlari
mengejar
impian
yang
aku
lakar
demi
hidup
ini

mohon redha-Mu Illahi

...........................

Friday, May 31

BBM 3410 : SALAM TERAKHIR







assalam dan salam sejahtera..ini merupakan entry terakhir yg berkaitan kuliah Multimedia bwh kelolaan Dr.Notts..Dr. kenal sy tak?? apa? owhh Dr. tak kenal sy ea..tak mengapa la. ok, nama sy kat K/P Siti Nurul 'Ain binti Zainal..tuan kpd no. matrik 159207..no. IC nk ke?? tak perlu la haha.

entry kali ni Dr.Notts benarkan aku dan rakan2 melalut dan meluahkan apa shj yg kami rasa sepanjang mengikuti kuliah Dr.Notts.. serius.. 1st time masuk kuliah Dr. Notts aku bukanlah aku..tak pernah2 aku main aci kejar dlm kelas tetiba time kuliah Dr.Notts aku kena berkejar2 dlm kelas sbb kejar masa yg teramat lah pendek (dlm masa 1 jam 45 minit kena siapkan macam2 keje..fuhh).

sy salah seorang drpd ahli kumpulan Jejari Patah Production (kumpulan 1). kumpulan ni terdiri juga drpd:

Nurfarhana Shahira binti Rosly
Nur Hafizah binti Razali
Nur Syifa Auliya binti Shafie
Nur Nadirah binti Zukeflli

waktu kuliah Dr.Notts la jantung ni berdebar2..kalau jantung ni blh ikat, nk je aku ikat dgn rantai feri kat Penang tu..takut jantung ni melantun keluar sbb terlampau berdebar sangat :D

tp apa2 pun..kuliah Dr.Notts mmg superb..deabak..

kuliah Dr.Notts yg ajar aku dan rakan2 erti masa..masa tu berharga..sbnrnya kalau kte pandai hargai masa, kerja yg 2 tahun pun blh siap dlm masa seminggu..(amboii melampaunya teori perbandingan aku ni....)

Dr.Notts...ikhlas..pengakuan dr hati nan tulus ini..sy bangga menjadi sebahagian drpd pelajar Dr. byk kelebihan drpd keburukan yg sy peroleh..pelajari sewaktu menjadi pelajar Dr. dan untk pengetahuan Dr. kuliah Dr. lah satu2nya kuliah yg sy tak pernah tidur selama 3 tahun jd pelajar UPM..kalau kuliah2 lain tu mst sy tidur..tambah2 masa kuliah tu jam 12 tengah hari - 2 ptg.. hebatnya penangan Dr.Notts.. jgn kata nk tidur..nk pejam mata pun sy takut sbnrnya haha.

mula2 ikuti kuliah Multimedia ni Dr.Notts suruh kami buat asas grafik..lps tu kami kena bawa gam, majalah, gunting dan apa2 lg yg perlu..( 1st tugasan mmg macam tugas bdk tadika haha..gunting, gam, tampal..dh siap ikat dgn riben bagai hahaha..) tp dari tugasan tu kami bljr ilmu asas grafik yg 5 iaitu keseimbagan, teks, warna, kesesuaian dan mudah (maaf tak ikut susunan).

lps tu kami diminta wujudkan akaun twitter dan blog sendiri..(kami wajib juga follow Dr.Notts huhu..ramai follower Dr. hehehe) dlm twitter tu terpulang la kami nk update apa pun..nk update setiap 1 saat pun bolehhh.. kemudian dlm blog kami kena update setiap aktiviti kami dlm kuliah Multimedia..(mmg kelemahan sy update blog..kurang idea nk mencoret..)

kemudian kami kena bawa kamera dgn laptop..kami diajar teknik shoot iaiti mug shoot, medium shoot dan full shoot.. macam2 mimik muka kami kena ekspresikan..bukan senang weyyy..malu pun ada.. hasil2 tangkapan (shoot td kami kena tukar kpd size picture yg lbh kecil..kemudian masuk dlm microsoft powerpoint serta nyatakan emosi wajah berdasarkan gambar2 tersebut... sblm2 ni semua cover cun..cover macho bila bergambar..hah kali ni ambik semua, gambar hodoh2 hah hahahaha.. pengalaman dan ilmu tu.

selepas tu kami kena buat video. video miming, kami kena pilih satu lagu dan miming kan lagu tersebut dpn kamera. kamera pula kena statik tak blh gerak2..hah mencabar sgt sampai 1st video tu group kami la satu2nya kena reject..dh kena buat lain..haha.

kemudian kami kena berlakon..cerita seram dan triller..semua tonjolkan bakat terpendam masing2 haha. video seram ni tanpa suara, kami kena lakonkan dan masukkan sound effect untk menarikkan jalan cerita. hah video ni kami berjaya..tak kena reject dh huhu..

akhir sekali untk tugasan mengikut kumpulan, kami kena siapkan video tanpa wajah..video ni tak memerlukan kami ekspresikan wajah tp anggota2 tertentu shj..mcm group kami pilih tangan sebagai anggota yg dominan. walau bagaimanapun, video ni perlu ada jalan cerita dan penonton fhm apa yg kami nk sampaikan..alhamdulillah kami berjaya hehe.

tugasan pd minggu2 akhir..kami dibenarkan gabung dgn kumpulan2 lain..Jejari Patah memilih untk bergabung dgn kumpulan Bitara dan Bidasari Unnie. kami 3 kumpulan diwajibkan buat tugasan video tipikal Malaysia, video do n dont dan gambar unik.

ketiga2 tugasan tersebut tlh dilampirkan dibawah entry ni ok..huhu.


VIDEO ADAB (do n dont)



VIDEO TIPIKAL MALAYSIA


VIDEO ONE SHOOT (MIMING)


VIDEO TANPA WAJAH




VIDEO SERAM/THRILLER (SERANGAN PSIKO)


  


PROJEK SIMPULAN BAHASA

batu api

lurus bendul

cekik darah
pencuci mulut

darah daging

otak geliga


mayat hidup

air tangan

kutu embun

sehelai sepinggang

kambing hitam


PROJEK GAMBAR UNIK






















PROJEK LAB MULTIMEDIA

KALENDAR 2014
















 PROJEK POSTER






 PROJEK SLIDE PEMBENTANGAN
ALAM SEMULAJADI
LOKASI : TAMAN TASIK TAIPING



BINAAN WEBSITE (WEEBLY)










KAMI : JEJARI PATAH PRODUCTION :

syifa, farhana, nadirah, ain, hafizah


 salam syg drpd sy : SITI NURUL 'AIN BINTI ZAINAL 159207 :
terima kasih kpd rakan2 seperjuangan dan team JEJARI PATAH PRODUCTION
suka duka kita bakal berakhir
kpd PROF. MADYA DR. NORMALIZA ABDUL RAHIM (Dr.Notts)
terima kasih berkongsi ilmu dgn kami
maaf salah silap
jumpa lagi
.........