Thursday, November 28

Dipermudahkan Urusan







Dalam kehidupan ini kita sentiasa berdepan dgn cabaran..liku-liku kepayahan yg menyesakkan dada. Bila kita dihadapkan dgn masalah..kerumitan..kesukaran..kesusahan mesti kita tdk terlepas drpd mengeluh. Keluhan itu tdk salah tp kalau nk yg lebih elok..yg nampak kita ini ada agama..nk nampak yg kita ini Islam,ada Allah..jadi ringankanlah mulut menitipkan doa untuk dipermudahkan segala urusan. Dalam Islam ini semua masalah ada penawarnya yakni doa. Malah doa juga merupakan senjata utama orang mukminkan?? Jadi apa salahnya drpd kita mengeluh..menyalahkan orang itu..menyalahkan orang ini..menyalahkan takdir..lebih baik kita berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita. Janganlah kita salahkan mereka-mereka yg disekeliling kita atas segala kesukaran yg kita hadapi.


Selain ayat diatas..terdapat juga mereka yg diluar sana selalu mengungkapkan "Rabbi Yassir Wala Tu'assir" iaitu Ya Allah permudahkanlah dan janganlah Kau persusahkan segala urusan kami dunia mahu pun akhirat. Mudahkan ayatnya..kalau kita tak mampu nk baca (atau hafal) dlm bahasa Arabnya..kita boleh hafal dlm makna ruminya (bahasa Melayu). Allah S.W.T kan Maha Mengetahui..apa sahaja bahasa yg kita gunakan untuk berdoa in shaa Allah doa kita tetap akan sampai kepada-Nya..dgn syarat doa tersebut mestilah disertai dgn ketulusan dan keikhlasan dr hati kita. Kalau doa sambil lewa..hati tak khusyuk macam mana Allah nk dengar dan terima doa kita. Macam kita juga..kalau kawan-kawan minta pertolongan main-main dgn kita..nk ke kita tlg? Lainlah kalau kawan kita minta tolong yg sangat-sangat..mestilah kita pun automatik menghulurkan bantuan kepada kawan tersebut tu kan. Apa yg penting ialah konsep ikhlas,khusyuk serta niat yg betul dlm berdoa..in shaa Allah doa kita akan sampai kepada-Nya.





Selain itu terdapat juga ayat-ayat lain yg boleh
diamalkan untuk dipermudahkan urusan harian kita.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita duni dan akhirat kita.
Allahuakbar.



















(^_^)V


Wednesday, November 27

SEBULAN SUDAhhhh..

27 NOVEMBER 2013 : ok genap dah sebulan aku menjadi graduasi berkonvokesyen. 27 Oktober 2013 (ahad) tarikh keramat yg tidak mungkin dilupakan oleh mereka-mereka yg terlibat dgn Majlis Konvokesyen Kali Ke-37 Universiti Putra Malaysia. Setelah 3 tahun berhempas pulas..berair mata darah..tidur tak cukup makan tak menentu..akhirnya dpt juga mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda. Ijazah Sarjana Muda ini merupakan hadiah buat kedua ibu bapa aku yg tdk pernah jemu memenuhi segala keperluan yg aku ingini..malahan merekalah insan yg tdk pernah menghampakan segala permintaan aku (selagi mereka mampu..mereka akan penuhi).

     Ijazah Sarjana Muda ini juga sebagai tanda hadiah kpd Mak Cik aku yg byk membantu aku..byk memberi sokongan moral malah sanggup melayan luahan tekanan aku sepanjang bergelumang dgn dunia "peperangan tanpa senjata tp peperangan menggunakan minda dan pena". Aku dedikasikan juga Ijazah Sarjana Muda ini kpd arwah Tok yg tak sempat melihat aku menjadi matang..yg tak sempat melihat aku melangkah masuk Universiti..yg tak sempat melihat aku mengenggam segulung kertas kelayakan yg bernilai. Tetapi siapa aku kini adalah drpd acuan dan bentukan arwah Tok..sungguh segala jasa arwah Tok membesarkan aku dr umur 3 bulan hingga 12 tahun tdk dpt aku balas..akan aku simpan jasa arwah Tok itu sehingga akhir hayat ini..hanya Allah S.W.T shj yg mampu membalas segala kebaikan dan jasa arwah Tok. Semoga arwah Tok bahagia,tenang,aman dan damai dlm kehidupannya di dunia sebelah sana..aamiin.

     Ok..tak lupa kpd kawan-kawan seperjuangan..terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd keluarga aku disini (tempat kita menuntut ilmu). Terima kasih menjadi payung indah tempat aku berteduh..menjadi pohon kukuh untuk tempat aku menyandar..dan pelukan tenang untuk aku melabuh segala keserabutan. Malahan kpd sahabat-sahabat (Puspita,Amira Nadia,Atiqah) terima kasih sentiasa menjadi supporter aku dr jauh..walau siapa pun aku..mereka tak pernah hilang.

     Tapi apa yg buat aku terfikir..macam konvo ni tak adil. Kita berhempas pulas bertahun-tahun tp konvonya hanya 1 jam je!!! Ok 1 jam tu termasuklah perarakan masuk dewan,beratur untuk naik ke pentas utama,nama dipanggil untuk menerima scroll dan kembali semula ketempat duduk para graduan then majlis penutup..itu je?? OmmmMgiiiiiii..tapi kalau ikut yg sebenarnya..kita konvo just 2 minit je..(nama dipanggil..naik stage salam dgn YB penyampai scroll..sengih sikit kat cameraman upahan..say thanks you then turun dr stage).. Owh..aku tak puas lagi..aku nk konvo lagi..aku nak kooonnnvvvooooooo lllaaaaagggiiiiiiiiii..bagilah aku 3 jam kat atas stage tu.

     Ok tunggu 2 (atau 3) tahun lagi..akan aku berkonvo lagi. Tungguuuuuuuu....

     Aku rasa..drpd aku merepak tanpa hala..so better aku hidangkan sikit juadah untuk tetamu yg hadir/bertandang. Jemputlah menjamah mata dgn hidangan dibawah ini..ni sebahagian drpd pic sekitar "pre-convo". Pic masa "real-convo" aku dan yg berkenaan je blh tgk..hohohoho.






hmmm..aku rasa tak perlu la nak keep calm and get ready for convocation sangat sebab dh selamat berkonvokesyen pun..takde la nervous sangat mihmihmih..  (^_^)V



keep calm..jgn rebut-rebut nk tengok pic kami yg tak berapa gojes ni..

1

2

ready

and

3

taaadddaaaaaaaa...













Tuesday, November 26




Meratap pada bulan
Meminta pada mentari
Merayu pada alam

Jiwa yang kosong
Hati yang pesong
Bicara yang bohong

Tiada Tuhan kah mereka??



by : SNAZ 2013





aku membesar dengan bahasa
aku diajar berkata-kata
aku diajar sopan bicara
aku diajar berkawan mesra
aku diajar hargai masa
aku diajar menjadi manusia
tapi
aku tidak diajar berkongsi rahsia
aku tidak diajar berkongsi rasa
maaf
aku sudah terbiasa
jadi aku tidak bisa
tidak bisa melakukan apa yang aku tak biasa
jadi
rahsia dan rasa
adalah milik aku selamanya.




by : SNAZ 2013



CARILAH ALLAH S.W.T

Tips menghilangkan rasa resah :

Ketika hati risau,sedih,gundah dan  bercelaru serta banyak masalah..amalkanlah bacaan ini sebanyak-banyak mungkin di setiap waktu :



يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ


Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmatika Astaghiitsu


"Ya Allah,Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal..dengan Rahmat-Mu aku mohon pertolongan".

(HR. Tirmidzi)

Tatkala kita susah,resah dan gelisah janganlah kita memberatkan mulut dan lidah untuk memohon bantuan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menunggu doa kita,menunggu permohonan kita..kita hamba-Nya jadi janganlah kita sombong dengan Dia yg Menciptakan kita. Tanpa Allah S.W.T siapalah kita..tanpa Allah S.W.T  tiadalah kewujudan kita. Allahuakbar..
Sedang aku berjalan..aku ternampak sebuah rumah kampung yg terletak dalam kawasan yg sedikit belukar. Aku melangkah kaki menghala ke arah rumah tersebut. Rumah kayu yg bercat merah..sederhana besarnya hanya ditemani kesunyian dan diselubungi kesayuan. Hiba hati aku saat itu..hampir menitis air mata ini kerana rumah itu amat aku kenali. Aku teruskan langkah dan terus meluru kedalam rumah tersebut..tiada isinya tetapi penuh dgn kenangan yg maha mahal nilainya. 


      Di suatu sudut..aku terlihat akan seorang nenek tua yg sedang duduk ditangga dan sayu wajahnya. Nenek tua tersebut melemparkan pandangan sayunya terhadap aku..tetapi masih ada sedikit senyuman yg terhias dibibirnya. Ya Allah..sesungguhnya senyuman itu yg teramat aku rindukan..senyuman itu yg telah hilang dr pandangan ini hampir 11 tahun nan lalu. Ya Allah..aku rindu akan nenek tua itu. 


       Tatkala itu mata ini tidak lepas memandang nenek tua tersebut yg sedang tersenyum sayu pada aku..berat sekali untuk aku alih pandangan mata ini ke arah lain kerana insan yg sedang tersenyum pada aku itu adalah insan yg teramat aku rindu. Ingin sahaja aku memeluk insan  tersebut tetapi kaki ini bagaikan dipaku. Antara aku dan insan tersebut hanya berkomunikasi melalui mata..ya..hanya mata yg berkata saat itu..menyatakan rindu yg teramat. Tiada sebarang patah kata yg mampu aku luahkan..malahan insan tersebut juga hanya mendiamkan diri dan hanya memandang..sayu dalam sebuah senyuman.  Hati aku bergolak hiba..ingin aku menangis tetapi tiada air mata. 


     Ya Allah..aku mohon agar masa ini diberhentikan sebentar kerana aku ingin bersama insan tersebut..aku ingin melunaskan rindu yg terbeban sekian lama ini..aku ingin peluk cium serta mohon ampun akan segala dosa aku padanya..aku ingin ungkapkan padanya sebuah ungkapan yg tidak sempat aku nyatakan..aku ingin ungkapkan bahawa “tok..kakak sayang tok..kakak sayang sangat-sangat dekat tok”.  Tapi..sedang hati aku meronta untuk memeluk insan tersebut..tiba-tiba mata ini terbuka dan aku sedar dari jaga. 

       
      Aku tengok sekeliling..dimana rumah kampung bercat merah tu? Dimana nenek tua yg merupakan insan yg amat aku rindu? Dimana semua itu? Kenapa dihadapan aku hanya ada suasana sebuah bilik yg aku diami kini? Bukankah tadi aku ada dkt rumah tok..aku ada dgn tok..? Mana perginya senyuman tok untuk aku tadi? Mana perginya tok yg tadinya ada dalam pandangan aku? Mana semua tu? 


     Hampir 10 minit aku berfikir..dan akhirnya aku sedar bahawa aku bermimpi tadi. Aku tengok jam..3.30 pagi..sunyi..kelam dan sayu jadi hati ini. Ya Allah..apakah erti mimpi ini? Ya Allah..mungkin arwah tok rindukan aku? Ya Allah..sudah berapa lama aku tidak hadiahkan arwah tok dgn bacaan-bacaan ayat-Mu? Teruknya aku..terlampau sibuk dgn urusan dunia sehingga aku terlupa akan arwah tok yg telah berada di dunia sebelah sana. Terus aku tadahkan tangan..dlm gelap malam itu aku menitipkan bacaan-bacaan suci Al-Quran yg aku hafal untuk aku hadiahkan kepada arwah tok disana. 


        Ya Allah..semoga roh arwah tok berada dlm kalangan hamba-hamba-Mu yg solehah..Ya Allah kau selamatkanlah arwah tok drpd azab seksaan kubur..Ya Allah kau ampunikanlah segala dosa-dosa yg pernah arwah tok lakukan sewaktu hidupnya..sesungguhnya tiada manusia yg sempurna dan tiada manusia yg terlepas drpd membuat dosa. Ya Allah..kau tenangkanlah roh arwah tok disana,kau tempatkanlah arwah tok dlm kalangan hamba-hamba-Mu yg solehah..kau tenteramkanlah roh arwah tok disana.. Ya Allah..semoga roh arwah tok sentiasa dicucuri rahmat-Mu,sentiasa berada dlm keredhaan-Mu dan peliharaan-Mu.


       Ya Allah..aku sayangkan arwah tok..budinya kebaikannya tidak mampu aku balas sampai bila-bila pun. Sesungguhnya…arwah tok adalah seperti ibu aku sendiri. Kasih sayang aku pada arwah tok tidak ada tolok bandingnya..sungguh aku sayangkan arwah tok..walaupun dh 11 tahun arwah tok pergi meninggalkan aku,tapi sayang ini rindu ini masih kuat utuh untuk arwah tok.












lafaz yang tersimpan




:: tok..akak sayang kat tok..akak rindu sangat kat tok..tok kakak minta maaf segala salah silap kakak pd tok selama tok membesarkan kakak dr usia kakak 3 bulan hingga 12 tahun..tok terima kasih atas segala jasamu,tunjuk ajarmu dan pengorbananmu.. Al-Fatihah buat arwah tok (Salasiah binti Abd. Rani yg pergi pada 1 april 2002)

Friday, November 22

RAJA KATAK vs RAJA TEDUNG


Kisah bermula disebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja Katak. Kerajaan ini diberi nama Kerajaan Lompat-Lompat (berikutan katakkan suka lompat-lompat). Raja Katak ini ada kelemahannya iaitu terlalu mudah percayakan orang luar dan terlalu mudah untuk dipengaruhi. Menteri-menteri dalam Kerajaan Lompat-Lompat ini sudah tidak berupaya menasihati si Raja Katak kerana kedegilannya.

          Pada suatu hari, si Raja Katak telah didatangi oleh si Raja Tedung. si Raja Tedung merupakan raja kepada Kerajaan Patuk-Patuk (berikutan tedungkan suka patuk mangsanya). Raja Katak menerima kunjungan Raja Tedung tanpa sebarang rasa keraguan di hati. Tetapi Raja Katak tidak menyedari bahawa si Raja Tedung mengunjungi kerajaan Lompat-Lompat dengan niat yang jahat.

          Kerana terlampau percayakan kepada kebaikan serta keikhlasan si Raja Tedung, Raja Katak telah membenarkan si Raja Tedung bermalam serta menetap di Istana Tempurungnya selama mana yang si Raja Tedung kehendaki. Walau bagaimanapun, kumpulan Menteri Kerajaan Lompat-Lompat terlebih dahulu mengetahui akan niat jahat yang dibawa oleh si Raja Tedung. Menteri-menteri kerajaan Lompat-Lompat mengetahui niat jahat si Raja Tedung daripada pengintip khas mereka iaitu James Ti-Kus. Oleh itu, kumpulan menteri telah berkumpul di satu kawasan yang rahsia dan berbincang sesama mereka akan hal ini. (bayangkan situasi katak-katak berbincang...macam mana agaknya???..ong ong ong..ong ong ong ong ong..ong ong ong ong..onggggg..)

          Setelah berbincang berhari-hari, kumpulan menteri Kerajaan Lompat-Lompat ini telah memutuskan untuk menghantar seorang wakil menghadap Raja Katak bagi memberitahu perkara yang sebenar akan niat Raja Tedung.
Oleh itu, Menteri Tua kerajaan Lompat-Lompat telah diamanahkan untuk menghadap dan memberitahu akan hal yang sebenar kepada Raja Katak. Ketika masuk menghadap Raja Katak, Menteri Tua ini telah menceritakan segala-galanya akan perancangan serta niat jahat si Raja Tedung. Raja Katak mendengar dan mula terpengaruh dengan penjelasan Menteri Tua. Walau bagaimanapun tanpa Raja Katak dan Menteri Tua sedari, Raja Tedung telah mencuri dengar akan perbualan serta perbincangan Raja Katak dengan Menteri Tua Kerajaan Lompat-Lompat.

          Setelah menteri Tua pulang, Raja Tedung mula menghadap Raja Katak dan memberitahu bahawa dia telah mendengari akan perkhabaran yang dibawa oleh Menteri Tua tersebut. Dengan muka yang sayu dan suara yang mendayu si Raja Tedung menafikan segala yang diceritakan oleh menteri Tua tadi. Ini telah menyebabkan Raja Katak mula mempercayai kepada Raja Tedung dan mula marah dengan sikap Menteri Tua yang membawa khabar palsu padanya. Raja Katak mengarahkan agar menteri Tua serta kaum menteri yang lain dibuang negeri dengan serta merta.

          Menteri Tua dan kumpulan menteri yang lain akur pada hukuman yang dikenakan pada mereka. Mereka mula keluar meninggalkan Kerajaan Lompat-Lompat dan berjanji bahawa tidak akan sesekali memberi sebarang bantuan andainya Kerajaan Lompat-Lompat menerima malang. Setelah mendengari bahawa semua kumpulan Menteri Kerajaan Lompat-Lompat keluar dari kerajaan tersebut, Raja Tedung berasa gembira kerana perancangannya untuk memusnahkan kerajaan Lompat-Lompat hampir tercapai.

          Pada suatu malam, Raja Tedung telah mengarahkan bala tentera dari Kerajaan Patuk-Patuk menyerang Kerajaan Lompat-Lompat. Kerana benteng utama Kerajaan Lompat-Lompat telah dihalau keluar oleh Raja Katak, Kerajaan Lompat-Lompat dengan mudahnya berjaya dimusnahkan. Matilah si Raja Katak kerana patukan si Raja Tedung dan bergelimpanganlah rakyat-rakyat Kerajaan Lompat-Lompat kerana patukan tentera Kerajaan Patuk-Patuk.

          Tamatlah ceritera kegemilangan Kerajaan Lompat-Lompat. Kerana Raja Katak yang terlampau percayakan orang luar daripada menteri-menterinya sendiri, Kerajaan Lompat-Lompat menerima malang dan dimusnahkan oleh Raja Tedung. Di kerajaan Patuk-Patuk pula, Raja Tedung dan bala tentera serta rakyatnya menari-nari sakan meraikan kejayaan mereka membunuh Raja Katak dan memusnahakan Kerajaan Lompat-Lompat.


by : SNA'Z



## moral : jangan terlampau percayakan orang luar..dan apa hal sekalipun, kita mesti selidik dulu setiap perkara sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorang.