kala mlm menyapa aku seakan alpa..
tatkala siang menjengah muka aku mengeluh kecewa..
itu la aku sebagai manusia..
tidak pernah cukup dgn apa yg ada..
diberikan betis inginkan paha..
kala mlm menyapa sebak rasa dijiwa..
tatkala mengahadap Dia yg Esa..
baru sedar kejahilan melakukan dosa..
berguguran la mutiara mengenang dosa yg ada..
keinsafan dijiwa mula menerpa..
kala mlm menyapa gentar rasa dijiwa..
pelbagai persoalan bermain di minda..
adakah peluang untuk aku membuka mata..
melihat mentari jingga di ufuk timur bercahaya..
adakah peluang untuk aku berbicara..
dengan mereka-mereka yg aku sayangi sepenuh jiwa..
adakah peluang untuk aku bergelak ketawa..
menceriakan hati mereka-mereka yg lara..
adakah peluang untuk aku menghadap yg Esa..
berdoa,beribadah melengkapkan 5 waktu tiang agama..
adakah peluang untuk aku bertemu dgn ibu bapa..
mencium tangan mereka,memandang ketulusan wajah tua yg banyak berjasa..
atau adakah mlm ini akan berakhir segalanya..
berakhir sebuah riwayat hidup seorang insan biasa..
adakah pejaman mata ini adalah untuk selamanya..
bercerai sudah roh dan jasad anak Adam di dunia..
menukar haluan untuk ke alam yg berbeza drpd dunia..
alam yg penuh dgn soal jawab yg mengegar dada..
tatkala itu baru teringat dosa pahala di dunia..
ketika itu baru meraung memanggil bantuan dr Yang Esa..
kala malam menyapa..
bertaubat la kita kpdNya..
kemungkinan ini mlm terakhir kita..
taubat sudah kita usulkan kpd Allah Yang Esa..
mudah-mudahan pemergian kita..
mendapat keredhaan Dia..
sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka..
kpd hamba-hambaNya..
sehinggalah tibanya masa..
mentari di ufuk barat menjelma..
menyesal la kita..
menangis tiada guna..
hanya menanti hukuman yg tiba..
kala mlm menyapa..
aku sentiasa berdebar..
takut untuk pejamkan mata..
dlm hati sentiasa berkata-kata..
"semoga masih ada esk untuk aku"..