Dalam kehidupan ini kita sentiasa berdepan dgn cabaran..liku-liku kepayahan yg menyesakkan dada. Bila kita dihadapkan dgn masalah..kerumitan..kesukaran..kesusahan mesti kita tdk terlepas drpd mengeluh. Keluhan itu tdk salah tp kalau nk yg lebih elok..yg nampak kita ini ada agama..nk nampak yg kita ini Islam,ada Allah..jadi ringankanlah mulut menitipkan doa untuk dipermudahkan segala urusan. Dalam Islam ini semua masalah ada penawarnya yakni doa. Malah doa juga merupakan senjata utama orang mukminkan?? Jadi apa salahnya drpd kita mengeluh..menyalahkan orang itu..menyalahkan orang ini..menyalahkan takdir..lebih baik kita berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita. Janganlah kita salahkan mereka-mereka yg disekeliling kita atas segala kesukaran yg kita hadapi.
Selain ayat diatas..terdapat juga mereka yg diluar sana selalu mengungkapkan "Rabbi Yassir Wala Tu'assir" iaitu Ya Allah permudahkanlah dan janganlah Kau persusahkan segala urusan kami dunia mahu pun akhirat. Mudahkan ayatnya..kalau kita tak mampu nk baca (atau hafal) dlm bahasa Arabnya..kita boleh hafal dlm makna ruminya (bahasa Melayu). Allah S.W.T kan Maha Mengetahui..apa sahaja bahasa yg kita gunakan untuk berdoa in shaa Allah doa kita tetap akan sampai kepada-Nya..dgn syarat doa tersebut mestilah disertai dgn ketulusan dan keikhlasan dr hati kita. Kalau doa sambil lewa..hati tak khusyuk macam mana Allah nk dengar dan terima doa kita. Macam kita juga..kalau kawan-kawan minta pertolongan main-main dgn kita..nk ke kita tlg? Lainlah kalau kawan kita minta tolong yg sangat-sangat..mestilah kita pun automatik menghulurkan bantuan kepada kawan tersebut tu kan. Apa yg penting ialah konsep ikhlas,khusyuk serta niat yg betul dlm berdoa..in shaa Allah doa kita akan sampai kepada-Nya.
Selain itu terdapat juga ayat-ayat lain yg boleh
diamalkan untuk dipermudahkan urusan harian kita.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita duni dan akhirat kita.
Allahuakbar.
(^_^)V
No comments:
Post a Comment