Friday, May 31

BBM 3410 : SALAM TERAKHIR







assalam dan salam sejahtera..ini merupakan entry terakhir yg berkaitan kuliah Multimedia bwh kelolaan Dr.Notts..Dr. kenal sy tak?? apa? owhh Dr. tak kenal sy ea..tak mengapa la. ok, nama sy kat K/P Siti Nurul 'Ain binti Zainal..tuan kpd no. matrik 159207..no. IC nk ke?? tak perlu la haha.

entry kali ni Dr.Notts benarkan aku dan rakan2 melalut dan meluahkan apa shj yg kami rasa sepanjang mengikuti kuliah Dr.Notts.. serius.. 1st time masuk kuliah Dr. Notts aku bukanlah aku..tak pernah2 aku main aci kejar dlm kelas tetiba time kuliah Dr.Notts aku kena berkejar2 dlm kelas sbb kejar masa yg teramat lah pendek (dlm masa 1 jam 45 minit kena siapkan macam2 keje..fuhh).

sy salah seorang drpd ahli kumpulan Jejari Patah Production (kumpulan 1). kumpulan ni terdiri juga drpd:

Nurfarhana Shahira binti Rosly
Nur Hafizah binti Razali
Nur Syifa Auliya binti Shafie
Nur Nadirah binti Zukeflli

waktu kuliah Dr.Notts la jantung ni berdebar2..kalau jantung ni blh ikat, nk je aku ikat dgn rantai feri kat Penang tu..takut jantung ni melantun keluar sbb terlampau berdebar sangat :D

tp apa2 pun..kuliah Dr.Notts mmg superb..deabak..

kuliah Dr.Notts yg ajar aku dan rakan2 erti masa..masa tu berharga..sbnrnya kalau kte pandai hargai masa, kerja yg 2 tahun pun blh siap dlm masa seminggu..(amboii melampaunya teori perbandingan aku ni....)

Dr.Notts...ikhlas..pengakuan dr hati nan tulus ini..sy bangga menjadi sebahagian drpd pelajar Dr. byk kelebihan drpd keburukan yg sy peroleh..pelajari sewaktu menjadi pelajar Dr. dan untk pengetahuan Dr. kuliah Dr. lah satu2nya kuliah yg sy tak pernah tidur selama 3 tahun jd pelajar UPM..kalau kuliah2 lain tu mst sy tidur..tambah2 masa kuliah tu jam 12 tengah hari - 2 ptg.. hebatnya penangan Dr.Notts.. jgn kata nk tidur..nk pejam mata pun sy takut sbnrnya haha.

mula2 ikuti kuliah Multimedia ni Dr.Notts suruh kami buat asas grafik..lps tu kami kena bawa gam, majalah, gunting dan apa2 lg yg perlu..( 1st tugasan mmg macam tugas bdk tadika haha..gunting, gam, tampal..dh siap ikat dgn riben bagai hahaha..) tp dari tugasan tu kami bljr ilmu asas grafik yg 5 iaitu keseimbagan, teks, warna, kesesuaian dan mudah (maaf tak ikut susunan).

lps tu kami diminta wujudkan akaun twitter dan blog sendiri..(kami wajib juga follow Dr.Notts huhu..ramai follower Dr. hehehe) dlm twitter tu terpulang la kami nk update apa pun..nk update setiap 1 saat pun bolehhh.. kemudian dlm blog kami kena update setiap aktiviti kami dlm kuliah Multimedia..(mmg kelemahan sy update blog..kurang idea nk mencoret..)

kemudian kami kena bawa kamera dgn laptop..kami diajar teknik shoot iaiti mug shoot, medium shoot dan full shoot.. macam2 mimik muka kami kena ekspresikan..bukan senang weyyy..malu pun ada.. hasil2 tangkapan (shoot td kami kena tukar kpd size picture yg lbh kecil..kemudian masuk dlm microsoft powerpoint serta nyatakan emosi wajah berdasarkan gambar2 tersebut... sblm2 ni semua cover cun..cover macho bila bergambar..hah kali ni ambik semua, gambar hodoh2 hah hahahaha.. pengalaman dan ilmu tu.

selepas tu kami kena buat video. video miming, kami kena pilih satu lagu dan miming kan lagu tersebut dpn kamera. kamera pula kena statik tak blh gerak2..hah mencabar sgt sampai 1st video tu group kami la satu2nya kena reject..dh kena buat lain..haha.

kemudian kami kena berlakon..cerita seram dan triller..semua tonjolkan bakat terpendam masing2 haha. video seram ni tanpa suara, kami kena lakonkan dan masukkan sound effect untk menarikkan jalan cerita. hah video ni kami berjaya..tak kena reject dh huhu..

akhir sekali untk tugasan mengikut kumpulan, kami kena siapkan video tanpa wajah..video ni tak memerlukan kami ekspresikan wajah tp anggota2 tertentu shj..mcm group kami pilih tangan sebagai anggota yg dominan. walau bagaimanapun, video ni perlu ada jalan cerita dan penonton fhm apa yg kami nk sampaikan..alhamdulillah kami berjaya hehe.

tugasan pd minggu2 akhir..kami dibenarkan gabung dgn kumpulan2 lain..Jejari Patah memilih untk bergabung dgn kumpulan Bitara dan Bidasari Unnie. kami 3 kumpulan diwajibkan buat tugasan video tipikal Malaysia, video do n dont dan gambar unik.

ketiga2 tugasan tersebut tlh dilampirkan dibawah entry ni ok..huhu.


VIDEO ADAB (do n dont)



VIDEO TIPIKAL MALAYSIA


VIDEO ONE SHOOT (MIMING)


VIDEO TANPA WAJAH




VIDEO SERAM/THRILLER (SERANGAN PSIKO)


  


PROJEK SIMPULAN BAHASA

batu api

lurus bendul

cekik darah
pencuci mulut

darah daging

otak geliga


mayat hidup

air tangan

kutu embun

sehelai sepinggang

kambing hitam


PROJEK GAMBAR UNIK






















PROJEK LAB MULTIMEDIA

KALENDAR 2014
















 PROJEK POSTER






 PROJEK SLIDE PEMBENTANGAN
ALAM SEMULAJADI
LOKASI : TAMAN TASIK TAIPING



BINAAN WEBSITE (WEEBLY)










KAMI : JEJARI PATAH PRODUCTION :

syifa, farhana, nadirah, ain, hafizah


 salam syg drpd sy : SITI NURUL 'AIN BINTI ZAINAL 159207 :
terima kasih kpd rakan2 seperjuangan dan team JEJARI PATAH PRODUCTION
suka duka kita bakal berakhir
kpd PROF. MADYA DR. NORMALIZA ABDUL RAHIM (Dr.Notts)
terima kasih berkongsi ilmu dgn kami
maaf salah silap
jumpa lagi
.........












Thursday, May 23

BBM 3410 : LAMAN WEB



kembali bertemu setelah lama tidak kesua hehe..
ok..kali ini saya nak share dgn semua link website ok..
ni latest tugasan untuk lab multimedia..




selamat melayari ye kawan-kawan
selamat bergembira
...........