Tuesday, June 10



aku rindu akan kamu
aku sendu tatkala mengingati mu
aku sayu andai tidak dapat ketemu mu

hadirmu hilangkan dahaga rindu ku
bersamamu melapangkan jiwa ku
pergimu buat aku hidup dalam sayu

titipan doa aku
agar aku bisa ketemu mu

titipan doa aku
agar aku bisa bersama mu

titipan doa aku
agar hadirmu memberi aku 1000 erti

titipan doa aku
agar hadirmu bisa membasahkan hati ini

titipan doa aku
agar hadirmu membisakan aku untuk selalu mendekati Illahi

aku rindu kamu..
..kamu..
kamu ya Ramadhan yang mulia..

Allahu..aku rindu ramadhan
aku rindu ketenangan yang didalamnya
aku rindu barakah yang dibawa olehnya
aku rindu angin keampunan yang dimilikinya
aku rindu YA ALLAH
aku rindu RAMADHAN MU YA ALLAH




by : SNAZ (10 JUN 2014)




Sunday, February 9

Ciri-ciri orang yg beriman ada 9..


         Surah at-Taubah ayat 112..

  1. Orang yg bertaubat.
  2. Orang yg beribadah.
  3. Orang yg memuji Allah S.W.T.
  4. Orang yg mengembara mencari ilmu dan agama.
  5. Orang yg rukuk.
  6. Orang yg sujud.
  7. Orang yg menyuruh membuat kebaikan.
  8. Orang yg mencegah kemungkaran.
  9. Orang yg memelihara hukum-hukum Allah S.W.T.

Dan bergembiralah orang2 yg beriman kpd Allah S.W.T.



*Sumber perkongsian drpd seorang kenalan.
Orang yg pertama mencipta telefon??
Andai ditanya soalan diatas..sudah pasti kita mampu menjawab dgn pantas tanpa ragu-ragu bukan..
Orang pertama yg mencipta telefon mestilah Alexander Graham Bell..benda ni kita dh tahu dari sekolah rendah lagi hah..siapa yg tak tahu jawapannya memang dianggap kolot.

Tapi!!!

Pernah tak kita terfikir..
Kalaulah bila kita dh ada anak nanti..jgn tunggu ada anak la,tapi kalau sekarang ni ada yg bertanya pada kita. Tambahan yg tanya tu pula non-muslim..
"You..siapa yg cipta telefon you tahu jawapannya. So I nak tahu something la. Dalam agama you..macam Bismillah..siapa yg cipta ya?? I tak tahu la. I try cari tp I tak faham. So I rasa nk tanya you. Siapa ya??"
Dushhh..umpama muka dihempap batu..
Hah tahu ke kita nk jawab apa andai ditujah dgn soalan sebegitu??
Kira ok la kalau yg tanya tu just member2 kita..tapi bayangkan kalau yg tanya tu anak kita yg sedang nk membesar?? Tak kan la kita lulusan tinggi-tinggi..master,Phd bagai..lepasan U luar negara pula tu tp soalan anak tak dpt jawabkan. Malu...maluuuu..kita suruh anak2 solat,mengaji,dalami agama..tapi bila anak tanya kita siapa yg cipta Bismillah pun kita duk menggagap nk jawab..apa kes??

Ok..hari ini kita berkongsi ilmu Allah ini bersama. Aku pun tak tahu sebelum ni tp setelah ilmu ini dikongsi oleh sahabat..jadi aku rasa baiklah kita kongsi bersama..


           30 ORANG PERTAMA DALAM ISLAM YG....
  1. Orang pertama yg menulis Bismillah : Nabi Sulaiman A.S.
  2. Orang pertama yg minum air zamzam : Nabi Ismail A.S.
  3. Orang pertama yg berkhatan : Nabi Ibrahim A.S.
  4. Orang pertama yg diberi pakaian pada hari kiamat : Nabi Ibrahim A.S.
  5. Orang pertama yg dipanggil oleh Allah S.W.T pada hari kiamat : Nabi Adam A.S.
  6. Orang pertama yg mengerjakan Saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar.
  7. Orang pertama yg dibangkitkan pada hari kiamat : Nabi Muhammad S.A.W.
  8. Orang pertama yg menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq R.A.
  9. Orang pertama yg menggunakan tarikh Hijrah : Umar bin Al-Khattab.
  10. Orang pertama yg meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hassan bin Ali R.A.
  11. Orang pertama yg menyusukan Nabi Muhammad S.A.W. : Thuwaibah R.A.
  12. Orang pertama yg syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah.
  13. Orang pertama yg syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat.
  14. Orang pertama yg menulis hadis dalam kitab/lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash.
  15. Orang pertama yg memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Waqqas.
  16. Orang pertama yg menjadi muazzin dan melaungkan azan : Bilal bin Rabah.
  17. Orang pertama yg solat dengan Rasulullah S.A.W. : Ali bin Abi Tholib.
  18. Orang pertama yg membuat mimbar masjid Nabi Muhammad S.A.W. : Tamim Ad-Dary.
  19. Orang pertama yg menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam.
  20. Orang pertama yg menulis sirah Nabi Muhammad S.A.W. : Ibban bin Othman bin Affan.
  21. Orang pertama yg beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W. : Khadijah binti Khuwalid.
  22. Orang pertama yg mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie R.H.
  23. Orang pertama yg membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib.
  24. Orang pertama yg menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan.
  25. Orang pertama yg membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid.
  26. Orang pertama yg mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab.
  27. Orang pertama yg menghafal Al-Quran selepas Rasulullah S.A.W. : Ali bin Abi Tholib.
  28. Orang pertama yg membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur.
  29. Orang pertama yg digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair.
  30. Orang pertama yg masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad S.A.W.