Thursday, November 28

Dipermudahkan Urusan







Dalam kehidupan ini kita sentiasa berdepan dgn cabaran..liku-liku kepayahan yg menyesakkan dada. Bila kita dihadapkan dgn masalah..kerumitan..kesukaran..kesusahan mesti kita tdk terlepas drpd mengeluh. Keluhan itu tdk salah tp kalau nk yg lebih elok..yg nampak kita ini ada agama..nk nampak yg kita ini Islam,ada Allah..jadi ringankanlah mulut menitipkan doa untuk dipermudahkan segala urusan. Dalam Islam ini semua masalah ada penawarnya yakni doa. Malah doa juga merupakan senjata utama orang mukminkan?? Jadi apa salahnya drpd kita mengeluh..menyalahkan orang itu..menyalahkan orang ini..menyalahkan takdir..lebih baik kita berdoa pada Allah agar dipermudahkan segala urusan kita. Janganlah kita salahkan mereka-mereka yg disekeliling kita atas segala kesukaran yg kita hadapi.


Selain ayat diatas..terdapat juga mereka yg diluar sana selalu mengungkapkan "Rabbi Yassir Wala Tu'assir" iaitu Ya Allah permudahkanlah dan janganlah Kau persusahkan segala urusan kami dunia mahu pun akhirat. Mudahkan ayatnya..kalau kita tak mampu nk baca (atau hafal) dlm bahasa Arabnya..kita boleh hafal dlm makna ruminya (bahasa Melayu). Allah S.W.T kan Maha Mengetahui..apa sahaja bahasa yg kita gunakan untuk berdoa in shaa Allah doa kita tetap akan sampai kepada-Nya..dgn syarat doa tersebut mestilah disertai dgn ketulusan dan keikhlasan dr hati kita. Kalau doa sambil lewa..hati tak khusyuk macam mana Allah nk dengar dan terima doa kita. Macam kita juga..kalau kawan-kawan minta pertolongan main-main dgn kita..nk ke kita tlg? Lainlah kalau kawan kita minta tolong yg sangat-sangat..mestilah kita pun automatik menghulurkan bantuan kepada kawan tersebut tu kan. Apa yg penting ialah konsep ikhlas,khusyuk serta niat yg betul dlm berdoa..in shaa Allah doa kita akan sampai kepada-Nya.





Selain itu terdapat juga ayat-ayat lain yg boleh
diamalkan untuk dipermudahkan urusan harian kita.
Semoga Allah sentiasa merahmati kita duni dan akhirat kita.
Allahuakbar.



















(^_^)V


Wednesday, November 27

SEBULAN SUDAhhhh..

27 NOVEMBER 2013 : ok genap dah sebulan aku menjadi graduasi berkonvokesyen. 27 Oktober 2013 (ahad) tarikh keramat yg tidak mungkin dilupakan oleh mereka-mereka yg terlibat dgn Majlis Konvokesyen Kali Ke-37 Universiti Putra Malaysia. Setelah 3 tahun berhempas pulas..berair mata darah..tidur tak cukup makan tak menentu..akhirnya dpt juga mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda. Ijazah Sarjana Muda ini merupakan hadiah buat kedua ibu bapa aku yg tdk pernah jemu memenuhi segala keperluan yg aku ingini..malahan merekalah insan yg tdk pernah menghampakan segala permintaan aku (selagi mereka mampu..mereka akan penuhi).

     Ijazah Sarjana Muda ini juga sebagai tanda hadiah kpd Mak Cik aku yg byk membantu aku..byk memberi sokongan moral malah sanggup melayan luahan tekanan aku sepanjang bergelumang dgn dunia "peperangan tanpa senjata tp peperangan menggunakan minda dan pena". Aku dedikasikan juga Ijazah Sarjana Muda ini kpd arwah Tok yg tak sempat melihat aku menjadi matang..yg tak sempat melihat aku melangkah masuk Universiti..yg tak sempat melihat aku mengenggam segulung kertas kelayakan yg bernilai. Tetapi siapa aku kini adalah drpd acuan dan bentukan arwah Tok..sungguh segala jasa arwah Tok membesarkan aku dr umur 3 bulan hingga 12 tahun tdk dpt aku balas..akan aku simpan jasa arwah Tok itu sehingga akhir hayat ini..hanya Allah S.W.T shj yg mampu membalas segala kebaikan dan jasa arwah Tok. Semoga arwah Tok bahagia,tenang,aman dan damai dlm kehidupannya di dunia sebelah sana..aamiin.

     Ok..tak lupa kpd kawan-kawan seperjuangan..terima kasih kerana menjadi sebahagian drpd keluarga aku disini (tempat kita menuntut ilmu). Terima kasih menjadi payung indah tempat aku berteduh..menjadi pohon kukuh untuk tempat aku menyandar..dan pelukan tenang untuk aku melabuh segala keserabutan. Malahan kpd sahabat-sahabat (Puspita,Amira Nadia,Atiqah) terima kasih sentiasa menjadi supporter aku dr jauh..walau siapa pun aku..mereka tak pernah hilang.

     Tapi apa yg buat aku terfikir..macam konvo ni tak adil. Kita berhempas pulas bertahun-tahun tp konvonya hanya 1 jam je!!! Ok 1 jam tu termasuklah perarakan masuk dewan,beratur untuk naik ke pentas utama,nama dipanggil untuk menerima scroll dan kembali semula ketempat duduk para graduan then majlis penutup..itu je?? OmmmMgiiiiiii..tapi kalau ikut yg sebenarnya..kita konvo just 2 minit je..(nama dipanggil..naik stage salam dgn YB penyampai scroll..sengih sikit kat cameraman upahan..say thanks you then turun dr stage).. Owh..aku tak puas lagi..aku nk konvo lagi..aku nak kooonnnvvvooooooo lllaaaaagggiiiiiiiiii..bagilah aku 3 jam kat atas stage tu.

     Ok tunggu 2 (atau 3) tahun lagi..akan aku berkonvo lagi. Tungguuuuuuuu....

     Aku rasa..drpd aku merepak tanpa hala..so better aku hidangkan sikit juadah untuk tetamu yg hadir/bertandang. Jemputlah menjamah mata dgn hidangan dibawah ini..ni sebahagian drpd pic sekitar "pre-convo". Pic masa "real-convo" aku dan yg berkenaan je blh tgk..hohohoho.






hmmm..aku rasa tak perlu la nak keep calm and get ready for convocation sangat sebab dh selamat berkonvokesyen pun..takde la nervous sangat mihmihmih..  (^_^)V



keep calm..jgn rebut-rebut nk tengok pic kami yg tak berapa gojes ni..

1

2

ready

and

3

taaadddaaaaaaaa...













Tuesday, November 26




Meratap pada bulan
Meminta pada mentari
Merayu pada alam

Jiwa yang kosong
Hati yang pesong
Bicara yang bohong

Tiada Tuhan kah mereka??



by : SNAZ 2013





aku membesar dengan bahasa
aku diajar berkata-kata
aku diajar sopan bicara
aku diajar berkawan mesra
aku diajar hargai masa
aku diajar menjadi manusia
tapi
aku tidak diajar berkongsi rahsia
aku tidak diajar berkongsi rasa
maaf
aku sudah terbiasa
jadi aku tidak bisa
tidak bisa melakukan apa yang aku tak biasa
jadi
rahsia dan rasa
adalah milik aku selamanya.




by : SNAZ 2013



CARILAH ALLAH S.W.T

Tips menghilangkan rasa resah :

Ketika hati risau,sedih,gundah dan  bercelaru serta banyak masalah..amalkanlah bacaan ini sebanyak-banyak mungkin di setiap waktu :



يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ


Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmatika Astaghiitsu


"Ya Allah,Yang Maha Hidup lagi Maha Kekal..dengan Rahmat-Mu aku mohon pertolongan".

(HR. Tirmidzi)

Tatkala kita susah,resah dan gelisah janganlah kita memberatkan mulut dan lidah untuk memohon bantuan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menunggu doa kita,menunggu permohonan kita..kita hamba-Nya jadi janganlah kita sombong dengan Dia yg Menciptakan kita. Tanpa Allah S.W.T siapalah kita..tanpa Allah S.W.T  tiadalah kewujudan kita. Allahuakbar..
Sedang aku berjalan..aku ternampak sebuah rumah kampung yg terletak dalam kawasan yg sedikit belukar. Aku melangkah kaki menghala ke arah rumah tersebut. Rumah kayu yg bercat merah..sederhana besarnya hanya ditemani kesunyian dan diselubungi kesayuan. Hiba hati aku saat itu..hampir menitis air mata ini kerana rumah itu amat aku kenali. Aku teruskan langkah dan terus meluru kedalam rumah tersebut..tiada isinya tetapi penuh dgn kenangan yg maha mahal nilainya. 


      Di suatu sudut..aku terlihat akan seorang nenek tua yg sedang duduk ditangga dan sayu wajahnya. Nenek tua tersebut melemparkan pandangan sayunya terhadap aku..tetapi masih ada sedikit senyuman yg terhias dibibirnya. Ya Allah..sesungguhnya senyuman itu yg teramat aku rindukan..senyuman itu yg telah hilang dr pandangan ini hampir 11 tahun nan lalu. Ya Allah..aku rindu akan nenek tua itu. 


       Tatkala itu mata ini tidak lepas memandang nenek tua tersebut yg sedang tersenyum sayu pada aku..berat sekali untuk aku alih pandangan mata ini ke arah lain kerana insan yg sedang tersenyum pada aku itu adalah insan yg teramat aku rindu. Ingin sahaja aku memeluk insan  tersebut tetapi kaki ini bagaikan dipaku. Antara aku dan insan tersebut hanya berkomunikasi melalui mata..ya..hanya mata yg berkata saat itu..menyatakan rindu yg teramat. Tiada sebarang patah kata yg mampu aku luahkan..malahan insan tersebut juga hanya mendiamkan diri dan hanya memandang..sayu dalam sebuah senyuman.  Hati aku bergolak hiba..ingin aku menangis tetapi tiada air mata. 


     Ya Allah..aku mohon agar masa ini diberhentikan sebentar kerana aku ingin bersama insan tersebut..aku ingin melunaskan rindu yg terbeban sekian lama ini..aku ingin peluk cium serta mohon ampun akan segala dosa aku padanya..aku ingin ungkapkan padanya sebuah ungkapan yg tidak sempat aku nyatakan..aku ingin ungkapkan bahawa “tok..kakak sayang tok..kakak sayang sangat-sangat dekat tok”.  Tapi..sedang hati aku meronta untuk memeluk insan tersebut..tiba-tiba mata ini terbuka dan aku sedar dari jaga. 

       
      Aku tengok sekeliling..dimana rumah kampung bercat merah tu? Dimana nenek tua yg merupakan insan yg amat aku rindu? Dimana semua itu? Kenapa dihadapan aku hanya ada suasana sebuah bilik yg aku diami kini? Bukankah tadi aku ada dkt rumah tok..aku ada dgn tok..? Mana perginya senyuman tok untuk aku tadi? Mana perginya tok yg tadinya ada dalam pandangan aku? Mana semua tu? 


     Hampir 10 minit aku berfikir..dan akhirnya aku sedar bahawa aku bermimpi tadi. Aku tengok jam..3.30 pagi..sunyi..kelam dan sayu jadi hati ini. Ya Allah..apakah erti mimpi ini? Ya Allah..mungkin arwah tok rindukan aku? Ya Allah..sudah berapa lama aku tidak hadiahkan arwah tok dgn bacaan-bacaan ayat-Mu? Teruknya aku..terlampau sibuk dgn urusan dunia sehingga aku terlupa akan arwah tok yg telah berada di dunia sebelah sana. Terus aku tadahkan tangan..dlm gelap malam itu aku menitipkan bacaan-bacaan suci Al-Quran yg aku hafal untuk aku hadiahkan kepada arwah tok disana. 


        Ya Allah..semoga roh arwah tok berada dlm kalangan hamba-hamba-Mu yg solehah..Ya Allah kau selamatkanlah arwah tok drpd azab seksaan kubur..Ya Allah kau ampunikanlah segala dosa-dosa yg pernah arwah tok lakukan sewaktu hidupnya..sesungguhnya tiada manusia yg sempurna dan tiada manusia yg terlepas drpd membuat dosa. Ya Allah..kau tenangkanlah roh arwah tok disana,kau tempatkanlah arwah tok dlm kalangan hamba-hamba-Mu yg solehah..kau tenteramkanlah roh arwah tok disana.. Ya Allah..semoga roh arwah tok sentiasa dicucuri rahmat-Mu,sentiasa berada dlm keredhaan-Mu dan peliharaan-Mu.


       Ya Allah..aku sayangkan arwah tok..budinya kebaikannya tidak mampu aku balas sampai bila-bila pun. Sesungguhnya…arwah tok adalah seperti ibu aku sendiri. Kasih sayang aku pada arwah tok tidak ada tolok bandingnya..sungguh aku sayangkan arwah tok..walaupun dh 11 tahun arwah tok pergi meninggalkan aku,tapi sayang ini rindu ini masih kuat utuh untuk arwah tok.












lafaz yang tersimpan




:: tok..akak sayang kat tok..akak rindu sangat kat tok..tok kakak minta maaf segala salah silap kakak pd tok selama tok membesarkan kakak dr usia kakak 3 bulan hingga 12 tahun..tok terima kasih atas segala jasamu,tunjuk ajarmu dan pengorbananmu.. Al-Fatihah buat arwah tok (Salasiah binti Abd. Rani yg pergi pada 1 april 2002)

Friday, November 22

RAJA KATAK vs RAJA TEDUNG


Kisah bermula disebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja Katak. Kerajaan ini diberi nama Kerajaan Lompat-Lompat (berikutan katakkan suka lompat-lompat). Raja Katak ini ada kelemahannya iaitu terlalu mudah percayakan orang luar dan terlalu mudah untuk dipengaruhi. Menteri-menteri dalam Kerajaan Lompat-Lompat ini sudah tidak berupaya menasihati si Raja Katak kerana kedegilannya.

          Pada suatu hari, si Raja Katak telah didatangi oleh si Raja Tedung. si Raja Tedung merupakan raja kepada Kerajaan Patuk-Patuk (berikutan tedungkan suka patuk mangsanya). Raja Katak menerima kunjungan Raja Tedung tanpa sebarang rasa keraguan di hati. Tetapi Raja Katak tidak menyedari bahawa si Raja Tedung mengunjungi kerajaan Lompat-Lompat dengan niat yang jahat.

          Kerana terlampau percayakan kepada kebaikan serta keikhlasan si Raja Tedung, Raja Katak telah membenarkan si Raja Tedung bermalam serta menetap di Istana Tempurungnya selama mana yang si Raja Tedung kehendaki. Walau bagaimanapun, kumpulan Menteri Kerajaan Lompat-Lompat terlebih dahulu mengetahui akan niat jahat yang dibawa oleh si Raja Tedung. Menteri-menteri kerajaan Lompat-Lompat mengetahui niat jahat si Raja Tedung daripada pengintip khas mereka iaitu James Ti-Kus. Oleh itu, kumpulan menteri telah berkumpul di satu kawasan yang rahsia dan berbincang sesama mereka akan hal ini. (bayangkan situasi katak-katak berbincang...macam mana agaknya???..ong ong ong..ong ong ong ong ong..ong ong ong ong..onggggg..)

          Setelah berbincang berhari-hari, kumpulan menteri Kerajaan Lompat-Lompat ini telah memutuskan untuk menghantar seorang wakil menghadap Raja Katak bagi memberitahu perkara yang sebenar akan niat Raja Tedung.
Oleh itu, Menteri Tua kerajaan Lompat-Lompat telah diamanahkan untuk menghadap dan memberitahu akan hal yang sebenar kepada Raja Katak. Ketika masuk menghadap Raja Katak, Menteri Tua ini telah menceritakan segala-galanya akan perancangan serta niat jahat si Raja Tedung. Raja Katak mendengar dan mula terpengaruh dengan penjelasan Menteri Tua. Walau bagaimanapun tanpa Raja Katak dan Menteri Tua sedari, Raja Tedung telah mencuri dengar akan perbualan serta perbincangan Raja Katak dengan Menteri Tua Kerajaan Lompat-Lompat.

          Setelah menteri Tua pulang, Raja Tedung mula menghadap Raja Katak dan memberitahu bahawa dia telah mendengari akan perkhabaran yang dibawa oleh Menteri Tua tersebut. Dengan muka yang sayu dan suara yang mendayu si Raja Tedung menafikan segala yang diceritakan oleh menteri Tua tadi. Ini telah menyebabkan Raja Katak mula mempercayai kepada Raja Tedung dan mula marah dengan sikap Menteri Tua yang membawa khabar palsu padanya. Raja Katak mengarahkan agar menteri Tua serta kaum menteri yang lain dibuang negeri dengan serta merta.

          Menteri Tua dan kumpulan menteri yang lain akur pada hukuman yang dikenakan pada mereka. Mereka mula keluar meninggalkan Kerajaan Lompat-Lompat dan berjanji bahawa tidak akan sesekali memberi sebarang bantuan andainya Kerajaan Lompat-Lompat menerima malang. Setelah mendengari bahawa semua kumpulan Menteri Kerajaan Lompat-Lompat keluar dari kerajaan tersebut, Raja Tedung berasa gembira kerana perancangannya untuk memusnahkan kerajaan Lompat-Lompat hampir tercapai.

          Pada suatu malam, Raja Tedung telah mengarahkan bala tentera dari Kerajaan Patuk-Patuk menyerang Kerajaan Lompat-Lompat. Kerana benteng utama Kerajaan Lompat-Lompat telah dihalau keluar oleh Raja Katak, Kerajaan Lompat-Lompat dengan mudahnya berjaya dimusnahkan. Matilah si Raja Katak kerana patukan si Raja Tedung dan bergelimpanganlah rakyat-rakyat Kerajaan Lompat-Lompat kerana patukan tentera Kerajaan Patuk-Patuk.

          Tamatlah ceritera kegemilangan Kerajaan Lompat-Lompat. Kerana Raja Katak yang terlampau percayakan orang luar daripada menteri-menterinya sendiri, Kerajaan Lompat-Lompat menerima malang dan dimusnahkan oleh Raja Tedung. Di kerajaan Patuk-Patuk pula, Raja Tedung dan bala tentera serta rakyatnya menari-nari sakan meraikan kejayaan mereka membunuh Raja Katak dan memusnahakan Kerajaan Lompat-Lompat.


by : SNA'Z



## moral : jangan terlampau percayakan orang luar..dan apa hal sekalipun, kita mesti selidik dulu setiap perkara sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorang.

Thursday, November 21

indahnya SABAR

Sabar bukanlah bererti menyerah tanpa usaha. Tetapi sabar juga bukanlah perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah taman kesejukan di antara ikhtiar yang sunguh-sungguh dan tawakkal yang optomum. Sabar adalah melahirkan keyakinan yang kuat terhadap janji Allah.


Dengan sabar hati akan percaya, bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba.

Apa agaknya akan terjadi sekiranya hati dipenuhi dengan cita-cita menggunung dan kehendak yang terlalu memaksa? Tenang akan habis, dan niat suci pun akan terbakar oleh obsesi dan prasangka buruk terhadap Allah. Maka sabar adalah sikap pertengahan seorang yang beriman.

Tiada situasi yang paling indah melainkan dengan kewujudan rasa sabar, sama ada ketika susah ataupun senang. Dia menjalankan kewajibannya dengan benar, meninggalkan hal-hal terlarang, redha terhadap musibah dan taqdir Allah, dan di masa yang sama hatinya sentiasa berpaut kepada tali Allah apa pun keadaannya.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan perkukuhkanlah kesabaran kamu.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 200)



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Amat menakjubkan urusan orang yang beriman kerana setiap urusannya adalah baik, dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada orang beriman. Jika dia mendapat sesuatu yang menyenangkan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2999)

Kata al-Hasan al-Bashri rahimahullah (Wafat: 110H):
“Mereka diperintahkan agar sentiasa bersabar dalam menjalankan agamanya yang diredhai oleh Allah ‘Azza wa Jalla, iaitu Islam. Sehingga mereka tidak meninggalkannya sama ada pada waktu lapang ataupun sukar, pada ketika senang atapun susah, sehinggalah mereka mati dalam keadaan Muslimin (sebagai orang yang berserah diri).” (Tafsir Ibnu Katsir, 2/195)


Dari sini difahami bahawa Allah Ta’ala sebenarnya memerintahkan kepada orang-orang yang beriman agar tetap teguh berbuat taat, meninggalkan apa jua bentuk kemaksiatan, redha terhadap taqdir-Nya, serta perlu berusaha untuk menangani hal-hal di persekitarannya dengan penuh kesabaran.

Jadi, fahamilah hakikat sabar dengan baik-baik. Kerana ganjaran bagi orang yang bersabar adalah tanpa batas dan tidak terkira banyaknya. Dari sisi Allah-lah balasannya.


Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa hisab (tidak terkira).” (Surah az-Zumar, 39: 10)


Manakala mereka yang tidak sabar, maka dia akan celaka. Diikuti dengan sabar, rasa syukur dan redha pula pasti akan mengiringi. Fahamilah semua ini dengan lebih terperinci lagi melalui buku hasil karya Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini. Sebuah pengungkaran keindahan sabar, syukur, dan redha serta rahsia-rahsia (hikmah) di balik hakikat tersebut. 





Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya mendapatkan kebaikan maka Allah segerakan baginya hukuman di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan untuknya maka Allah akan menahan hukumannya sampai akan disempurnakan balasannya kelak di hari kiamat.” (HR. Tirmidzi, hadits hasan gharib, lihat as-Shahihah [1220]).

Di dalam hadits yang agung ini Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberitakan bahwa ada kalanya Allah ta’ala memberikan musibah kepada hamba-Nya yang beriman dalam rangka membersihkan dirinya dari kotoran-kotoran dosa yang pernah dilakukannya selama hidup. Hal itu supaya nantinya ketika dia berjumpa dengan Allah di akhirat maka beban yang dibawanya semakin bertambah ringan. Demikian pula terkadang Allah memberikan musibah kepada sebahagian orang akan tetapi bukan kerana rasa cinta dan pemuliaan dari-Nya kepada mereka namun dalam rangka menunda hukuman mereka di alam dunia sehingga nanti pada akhirnya di akhirat mereka akan menyesal dengan tumpukan dosa yang sedemikian besar dan begitu berat beban yang harus dipikulnya ketika menghadap-Nya. Di saat itulah dia akan merasakan bahwa dirinya memang benar-benar layak menerima seksaan Allah. Allah memberikan kurnia kepada siapa saja dengan keutamaan-Nya dan Allah juga memberikan hukuman kepada siapa saja dengan penuh keadilan. Allah tidak perlu ditanya tentang apa yang dilakukan-Nya, namun mereka 'para hamba' itulah yang harus dipertanyakan tentang perbuatan dan tingkah polah mereka (diolah dari keterangan Syaikh Muhammad bin Abdul ‘Aziz al-Qor’awi dalam al-Jadid fi Syarhi Kitab at-Tauhid, hal. 275).




Setelah kita mengetahui betapa indahnya sabar, maka sekarang pertanyaannya adalah "sudahkah kita mewujudkan nilai-nilai kesabaran ini dalam kehidupan kita? Sudahkah kita menjadikan sabar sebagai pilar kebahagiaan kita? Sudahkah sabar mewarnai hati, lisan, dan gerak-gerik anggota badan kita?"





Wednesday, November 20

sweet 25 SiS (201188)

Hari ini 20 November 2013..special day for my sis.. "sis" not my little sis but my big sis hehe. Sempena 'special day' ni aku nk spend satu entry untk wish birthday my sis..

"Ok sis..firstly aku minta maaf sangat2 coz aku tak wish your birthday..btw HAPPY BIRTHDAY SWEET 25 sis. Semalam tepat jam 00.00 alarm phone aku berdering..rupanya my phone pun alert with your birthday date la sis hahaha..(sebenarnya aku memang every year set alarm for your birthday date dkt my phone..takut lupa). Sis..sempena special day ni aku doakan semoga sis sentiasa dimurahkan rezeki..dipanjangkan umur..dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat..semoga sis sukses selalu dlm apa jua bidang yg sis ceburi..semoga perjalanan hidup serta kehidupan sis sentiasa diberkati,diredhai dan dirahmati oleh-Nya. Mungkin agak klise everything yg aku doakan sempena birthday sis setiap tahun. Tp sis..apa yg aku doakan tu..aku maknakan..bukan sekadar doa untk your birthday je..tp doa aku untk sis selagi bdn aku ni diberi nyawa..doa inilah yg aku selalu panjatkan pd Illahi. Maaf sis..sbb untk birthday yg ke-25 ini aku tdk dpt raikannya untk sis seperti tahun yg lepas. Ada keinginan nk meraikannya tapi...tdk mengapalah mungkin ini yg terbaik :) "



 Dari jauh aku ucapkan "Happy Birthday Sis"

















..happy birthdays my lovely sis..
..sweet 25 sis..
..im always here n think of u..
..im always stand here for u..

..maaf tdk dpt raikan birthday sis yg ke-25 ini bersama..

my big sis is Triple 'S'
S.S.S

Tuesday, November 19



MARI BASAHKAN LIDAH KITA SEBENTAR DGN MEMUJI ALLAH S.W.T

zikir - Heliza Helmi


zikir Astaghfirullah - Hafiz Hamidun


zikir Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun



zikir Ya Latif - Hafiz Hamidun



zikir Hasbi Rabbi - Hafiz Hamidun









setiap kali mendengar kalimat Mu Ya Allah,
hati aku bergetar hebat,
bergetar kerana aku sedar,
hati ini semakin jauh dari Mu Ya Allah..

tatkala aku merenung kebesaran Mu Ya Allah,
air mata bergenang basah,
bergenang dalam kolam mata,
kerana lidah ini selalu alpa melafazkan kalimah suci Mu Ya Allah..

sedang aku menghadapi dugaan Mu Ya Allah,
jiwa ini terdetik rasa bersalah,
rasa bersalah kerana hinanya aku,
hinanya aku yg hanya mencari-Mu ketika aku susah Ya Allah..

Ya Allah..kuatkan imanku Ya Allah,
Ya Allah..jauhi aku drpd terus alpa untuk mengingati-Mu Ya Allah,
Ya Allah..selamatkan aku agar aku tidak menjadi hamba-Mu yg berpaling dari-Mu Ya Allah,
Ya Allah..sesungguhnya hanya kepada-Mu aku berserah hidup matiku Ya Allah,
Ya Allah..sesungguhnya hidup matiku adalah kerana-Mu dan untuk-Mu Ya Allah,

Subhanallah..Alhamdulillah..Lailahaillallah..Allahuakbar

Monday, November 11

Apa yg dimaksudkan dgn teman sejati? Apa yg dimaksudkan dgn sahabat? Teman sejati atau sahabat adalah mereka yg sentiasa menjadi tulang belakang kita tatkala kita jatuh tatkala kita bangun tatkala kita susah tatkala kita senang tatkala kita bahagia tatkala kita sengsara..

Sahabat..adalah mereka yg tidak menikam kita dari belakang..tidak mengaibkan kita pd org lain..tidak sesekali meninggalkan kita tatkala kita jatuh,menangis,susah dan dihimpit masalah.

Sahabat..mereka yg sentiasa ada bersama kita..buruk baik kita mereka terima adanya..maruah kita mereka jaga terutama dihadapan org lain..itulah sahabat namanya.

Sahabat..jgn mengaku kita sahabat jika dibelakang aku kau tikam aku..dibelakang aku kau aibkan aku..dibelakang aku kau jaja keburukan aku..dibelakang aku kau lidah bercabang.

Sahabat..ya..aku memang ada sahabat..sahabat yg sentiasa ada untk aku..walau jauh tp mereka sentiasa mendengar akan segala masalah aku..walau jauh mereka masih mencuba meminjamkan bahu mereka buat aku..walau jauh mereka sentiasa menjaga maruah aku..walau jauh tidak sesekali mereka menikam aku..walau jauh doa mereka tidak lepas untk aku..ya itulah sahabat.

Sahabat..walau perkenalan kita agak lewat..walau perkenalan kita agak singkat tp ukhuwah tetap terjalin erat walau kita masih berjauhan..kita saling memahami..kita saling memaafi..kita saling berkongsi segala rasa bahagia derita nangis dan tawa.

Sahabat..cerita kita bermula 5 tahun yg lalu..cerita kita tercipta 5 tahun yg lalu..kisah kita dirakam 5 tahun yg lalu..5 tahun..bagi aku amat singkat masanya..tp antara kita masih kekal..kekal bersahabat..segala-galanya 5 tahun yg lalu..5 tahun yg sangat bermakna..5 tahun yg mencipta memori.

Saahabat..kita jauh..tp masa antara kita tetap ada..kita jauh..tp bila ada masa kita tetap bersama..kita jauh..kita sibuk dgn urusan tp dihubungi kita tetap ada masa untk saling melayan,bergurau,ketawa dan bercerita.

Sahabat..terima kasih atas segalanya..tidak aku bermimpi bertemu kalian 5 tahun yg lalu..tidak aku menyangka kalian hadir 5 tahun yg lalu..kalian..5 tahun yg lalu adalah hadiah Allah buat kita..hadiah Allah menghadirkan kalian dlm hidup aku.

Sahabat..sungguh..aku sayang kalian bertiga..sahabat entri ini untk kalian bertiga..terima kalian..


(c.c : Puspita Mohd Ridzuan,Noratiqah Abd. Kadir,Amira Nadia Md. Radzi)







#sahabat..dunia akhirat..susah senang kita harungi bersama..jujur dan ikhlas,sayang dan hormat prinsip persahabatn kita..

Sunday, November 10

dear Mr.Capital

Pernah tak kita (perempuan) rasa suka (mungkin cinta) pd seorang lelaki tapi..lelaki itu tidak langsung tahu akan perasaan kita terhadap dia? Nak kata kita tak bagi hint? Kita dah bagi hint pun..tapi tiada respond..so apakah makna tu?? Mungkin tu maknanya hint yg kita bagi tu "gagal".. Atau tu maknanya lelaki yg kita minat tu jenis tak faham apa yg kita hint kan.. Atau lelaki tu sengaja buat-buat tak faham atas beberapa faktor..

  1. EGO..(biasa lah..lelaki dan ego umpama isi dgn kuku..tanpa irama sumbanglah lagu,tanpa ego bukanlah lelaki namanya..)
  2. JUAL MAHAL..(hello zaman skrg ni bukan perempuan je yg selalu jual mahal..tp ada juga lelaki yg jenis jual mahal..lelaki yg bujet 'hennnsemmm'..yg bujet 'cool'..yg bujet 'fulllaaammaakkk'..tp hakikatnya yg suka 'bujet-bujet' ni sebenarnya pd pandangan wanita adalah lelaki yg 'poyo' hehehe..sorry la lelaki sedunia..)
  3. BELUM SEDIA..(ok..susah sebenarnya nk dgr alasan 'belum sedia' dr seorang lelaki dlm bab-bab falling in love ni..kalau alasan 'belum sedia' untk pegang tgn TOK KADI selalu la dgr. tp dlm 1000 atau 1000000000 mesti la ada 100 kot yg betul-betul berpegang pd prinsip 'belum sedia' ni dlm falling in love..tahniah kpd yg macam ni sbb bila dia dh sedia nk jatuh cinta confirm cinta tu dia pegang dan galas sampai ke jinjang pelamin dan ke akhir nyawa..)
  4. INGAT KITA MAIN-MAIN..(ada sesetengah lelaki yg tak layan hint-hint ni sbb dia ingat kita nk main-main dgn dia..terutama lelaki yg pernah ada pengalaman dikecewakan. hello abg-abg diluar sana..perempuan jns yg susah nk 'perigi cari timba' kecuali dia betul-betul minat pd abg-abg sekalian.. tapi tengok lah juga pd perempuan tu..kalau muka n life dia pun mmg jenis "suka-suka" so better la ignore je tp kalau yg jenis tak ramai kwn laki tp tetiba dia nk berkawan dgn abg-abg terpilih so..pertimbangkan lah baik-baik..selidik dr kawan-kawan terdekat dia pasal 'feel' dia pd abg-abg..selalunya perempuan ni mudah kongsi dgn kawan rapat (serapat-rapatnya) pasal hati dan perasaan mcm dia minat dekat siapa,kenapa dia minat,bila dia start minat..dan lain-lain. take note ye abg-abg yg ada pengalaman mcm ni..mungkin itu jodoh anda. hehe)
  5. DAH BERPUNYA..(kalau ini alasannya..ok kita tak blh kata apa-apa dah..redha dan padamkan perasaan itu padanya..cari lah lelaki lain. mungkin dia bukan jodoh kita..mungkin. jgn pula kita pergi bertarik rambut dgn buah hati dia, jgn..malu la wey gaduh pasal seorang lelaki..padahal ramai lagi laki kat dunia ni..
Cukuplah 5 alasan je..dah tiada idea. Kenapa aku nk tulis pasal topik ni? Sbb aku sendiri skrg ni ada rasa itu pd seseorang tapi..tidak mengapa..simpan saja rasa itu sbb aku takut nk ambik risiko..maklum lah si dia mungkin dh berpunya..mungkin. Tapi yg pasti bukan suami org. Kpd "awak"..ye "awak"..ye "awak"  mmg awak..nk bagitau..ada "org" minat kat "awak"..a'ah ada org minat kat awak..bukan setakat minat je tau tp lebih dr itu.. ~ ok,end.



**p/s: sampai bila-bila awak tak akan baca entri ni sbb tu sy berani tulis dlm ni..sbb sy tau..sy tau awak tak akan pernah terfikir untk bukak blog sy ini dan awak juga tak pernah terfikir akan sy huhuhuhu..lawak la..boleh pula minat pd seseorang yg mcm awak..haha.. dah la,merepek sampai esok tak habis. ~En.Capital H,I,J,K,L,M

Friday, November 8

usah kau "bisa" dalam bicara

"bisa" itu kau tahu apa makna? "bisa" itu kau tahu apa rasa? "bisa" itu kau tahu bahaya atau tidak?
kau tahu bicara kau itu mengandungi "bisa"?
aku sentiasa terpaksa menghirup bisa-bisa yg kau hamburkan
kau ingat aku apa? kau ingat aku tiada jiwa?
heii..kau lebih bahaya rupanya dr si tedung yg digeruni
bicara kau mampu buat aku tidak lena malam
bicara kau mampu menghunus hingga ke dasar hati
wahhh..bisa benar bicara kau

kau tahu..aku juga punya bisa sendiri?
kau tahu..aku juga boleh membisakan kau dgn bicara. 
ingin aku berpesan pada kau..ya..kau!! 
siapa lagi yg bisa jika bukan kau.
dengar ya pesan aku
usah kau bisa dalam bicara umpama kau sahaja yg benar tp yg lain disekeliling kau salah
jgn kau anggap kau sahaja yg dewa tp yg lain disekeliling kau hamba
dengar ya kau
dengar sini baik-baik
usah kau suntik bisa dalam bicara kau
kerana kau berbicara dgn manusia
manusia yg punya jiwa
manusia yg punya rasa

jgn sampai bisa dalam kata-kata kau menyerap dalam setiap butir bicara aku kepada kau.

Friday, October 11

"SIS"
dia SIS aku..
dh 3 tahun aku kenal SIS..
dulu kenal SIS lain..
semalam kenal SIS lain sikit..
hari ini kenal SIS memang dh lain pun.

dulu aku happy giler
sbb ada SIS..
dulu aku best giler
sbb ada SIS..
dulu aku enjoy giler
sbb ada SIS..
dulu aku giler giler
sbb ada SIS..

SIS best ooo dpt kenal dgn SIS
SIS dulu mesra je kan SIS
SIS selalu caring pasal aku kan SIS
SIS suka ngadu everything dgn aku kan SIS
SIS cuma tak nak share problem about your bF je kan SIS

SIS dh tak mesra skrg
SIS suka buat hal sendiri
SIS dh tak caring lagi
SIS dh bawa haluan sendiri
SIS dh ada hidup sendiri skrg

sorry la SIS ea
sbb aku tetiba teringatkan SIS
tetiba rindukan SIS yang dulu
kalau SIS tau mesti SIS marah aku
sbb SIS memang tak suka aku ingat SIS yang dulu
tp kalau bukan sbb SIS yg dulu
aku mungkin tak kenal SIS yg skrg

macam yg aku ckp dulu
SIS je SIS yg aku ada
kalau SIS tak ada
so
tak ada dh la SIS aku
tempat SIS tu aku biarkan kosong je la
aku lebih rela tempat SIS tu
berhabuk
berdebu
bersawang
berhantu
daripada dihuni SIS yg baru

SIS
aku ada kerja la
aku tak boleh sambung tulisan lg
aku nk out ni

SIS
aku tulis ni sbb aku rindu SIS
aku buat ni sbb aku teringat SIS
aku luahkan ni sbb aku sayang SIS

aku nk SIS tau
yg aku tak pernah letak pengganti kat tempat SIS
aku nk SIS tau
yg aku masih sayang SIS mcm sayang aku yg dulu

arghh merepek pula aku hahaha
ok SIS
aku pergi dulu
jaga diri SIS
jaga kesihatan SIS
jaga insan2 kesayangan SIS


aku tgk SIS dr jauh je ea
mohon diizinkan rindu ini
hehehe
daaaaaaaa...SIS.

Thursday, October 10

aku ada keluarga
mereka kekuatan aku
mereka tulang belakang aku
mereka sentiasa sokong aku
mereka selalu membangkitkan semangat aku
mereka ada sahaja tatkala aku perlu

aku ada kawan
kawan kongsi gelak tawa
kawan tempat berkongsi cerita
kawan menjadi penghilang air mata
kawan tempat ilmu ditimba
kawan yang ada sewaktu aku susah dan gembira

aku ada keluarga
aku ada kawan
aku ada mereka
mereka yang sentiasa ada
mereka yang sentiasa setia
di setiap jatuh bangun aku

aku ada mereka
yang memaknakan hidup aku didunia

aku sayang mereka


Friday, June 7

HATI DIA BUKAN UNTUK KU



Hati,
Jangan kau menangis lagi
Jangan lagi kau merindu
Jangan pula kau memberontak
Jangan kau jadi si perayu hiba

Dia,
Dia telah tiada
Dia sudah berpunya
Dia pergi tanpa berita
Kita  pula ditinggal kecewa

Bukan,
Bukan aku ingin merintih
Bukan aku mahu menyesal
Bukan ingin aku persoalkan
Jauh sekali untuk aku memaksa

Untuk ku
Semua ini adalah lumrah
takdir yang mencipta pemisah
senyuman ikhlas terukir indah
kau ku iringkan bersama
doa air mata hati dan sayang.



~sna'z~











...coretan kreatif ini tiada kaitan dgn sesiapa pun...
...hny idea yg nk menjiwang sikit..
...harap tiada yg perasan...
...aku tak tuju kat siapa2 pun hahaha...

Wednesday, June 5

without title









what do you think about me???

........................


it is up to you

...................

(^_^)

here
i'am still smiling
for my life











PULAU CAREY

3 June 2013

aku dgn member (syifa,ika,ija,ana) g teman Ija balik rumah dia kat Pulau Carey
tercapai gak hajat nk g Pulau Carey
sebelum2 ni dgr cerita je tp tak pernah sampai pun lg huhu

mmg best life Pulau Carey
just dipisahkan dgn tanah besar dgn sebuah jambatan je
macam tak caya kami dh kat Pulau Carey

dr UPM nk g Pulau Carey cuma 45 minit mcm tu je
ikut SKVE mmg dkt..xrasa jauh
kami gerak dr UPM jam 9.30 pg then sampai Pulau Carey dlm 10.15 pg cmtu la

perasaan time tu mmg mcm balik kampung la
mmg heaven gilerr..msg2 layan perasaan..dlm hati siap nyanyi lagu woooo ooooo balik kampung...haha

sampai rumah Ija, mak dia hidang kami dgn roti canai..superb..syifa bedal sampai 3 keping (membela ke apa ko ni pah???)

dh kenyang hentam roti canai superb..kami landing2 kat beranda rumah atuk Ija..golek2 merapu meraban sampai terlena semua..

time kat beranda tu mmg rasa mcm kat kampung sendiri haha..terubat rindu.

zohor je kami g solat kat masjid dpn rumah Ija..lps solat kami dihidang pula dgn menu lunch..
untung sgt..Ija dgn mak n kakak dia sibuk masak, kami berempat bantai g tido..bangun tido je menu semua dh siap untk dimakan hahaha..(mmg superb layanan ko Ija..best huhu)

lps makan, kami pun siap2 nk balik ke UPM..
sblm tu ingat nk g Pusat Kebudayaan Masyarakat Mah Meri yg ada kat Pulau Carey tu..
tp hr isnin diorg tak bukak rupanya..ok ambik gambar je la sbg kenangan huhu..
then niat ht nk singgah Morib, tp tak kesampaian juga sbb masa tak mengizinkan..
so kteorg singgah la Aeon Bukit Tinggi untk solat asar..

dlm 7.30 mlm kami selamat sampai UPM terchentaaa..haha
mlm tu semua pengsan..sedar2 je dh subuh hahaha
ok..outtttt...
























nk g Pulau Carey lg bolehhhh?? besttt huhu..