aku hanya insan biasa
hanya ingin menikmati secebis bahagia
hanya ingin berkongsi cerita suka dan duka
hanya ingin meraih bimbingan tatkala aku terleka
dalam hidup ini yang sementara
dalam perjalanan ini
aku belajar pelbagai erti
aku terima segala caci
aku telan segala maki
aku teruskan langkah dengan sisa kekuatan yang masih berbaki
hidup atau mati
aku serah pada Illahi
aku adalah aku
aku bukan dia
aku bukan kamu
aku bukan sesiapa
tapi aku adalah aku
hidup mengajar aku
erti sebuah pertemuan
erti sebuah persahabatan
erti sebuah kasih sayang
erti sebuah perpisahan
hidup juga mengajar aku menerima segalanya
aku terima persepsi sinis mereka
aku terima sangkaan buruk mereka
aku terima pujian mereka
aku terima kasih sayang mereka
aku terima tangisan mereka
aku terima segala karenah mereka
hidup
mati
urusan Illahi
aku hanya memberi yang terbaik
dan
penghujungnya
aku serahkan
pada Dia nan lebih mengetahui
hidup
tidak perlu dikesali
mati
sesuatu yang pasti
aku
akan
terus
melangkah
walau
sakit
mencengkam
diri
selagi
kekuatan
berbaki
aku
teruskan
berdiri
berlari
mengejar
impian
yang
aku
lakar
demi
hidup
ini
mohon redha-Mu Illahi
...........................
No comments:
Post a Comment